Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat orang-orang besar dari pihak musuh menjadi marah apabila mereka menonton pidato tersebut. Mereka berkata bahawa Erdogan dan rancangannya sangat merbahaya pada rancangan mereka yang mahu menyambut kedatangan Ad-Dajjal (laknatullah). Erdogan mesti dihapuskan walau dengan apa cara.
Kemudian Qasim melihat Nabi Muhammad ﷺ berjalan mundar- mandir dalam keadaan yang sangat cemas. Hal ini membuatkan Qasim terfikir bahawa sesuatu yang dahsyat akan berlaku tidak lama lagi.