25hb Ogos 2018. Muhammad Qasim mengatakan bahawa dalam mimpi ini beliau berada di sebuah kawasan yang besar. Terdapat orang lain di sekitar tempat itu dan mereka seolah-olah sedang meronda kawasan tersebut. Tanah ini sangat luas dan kelihatan semuanya berkeadaan baik.Tiba-tiba sesuatu telah berlaku dan tanah itu menjadi mendap seperti kedalaman sungai dan ramai orang terjejas oleh insiden ini. Saat melihat keadaan ini Qasim menjadi terkejut dan bertanya apa yang telah berlaku dan bagaimanakah tanah itu menjadi runtuh?
Orang ramai menunggu untuk beberapa ketika kerana memikirkan kemungkinan ia dapat diperbaiki tetapi tidak ada yang dapat dipulihkan. Qasim berkata pada dirinya bahawa dia akan meninjau apakah yang dilakukan oleh Imran Khan pada saat itu? Lalu beliau menuju ke tempat Imran Khan berada dan mendapati Imran Khan sedang keluar bersama beberapa orang yang lain.
Qasim melihat seperti dalam mimpi-mimpinya yang lainbahawa Imran Khan kelihatan kecewa dan beliau berjalan dalam keadaan yang marah. Beliau mengungkapkan kesedihan atas keadaan itu dan mengadu tentang beberapa orang yang menghalangnya dan orang lain daripada melakukan tugas mereka.Bagaimanakah keadaan ini dapat diperbetulkan?