Musibah Besar Orang Islam & Cahaya Allah

Pada 22hb Ogos 2015 Qasim melihat sebuah mimpi dimana terdapat huru-hara dan kekacauan di merata tempat sedangkan semua umat Islam sibuk dengan diri mereka sendiri.Kemudian Qasim sampai di sebuah tempat dimana pasukan jahat sedang merancang sebuah pelan.Mereka mengatakanbahawa umat Islam sedang leka dengan diri sendiri jadi mereka tidak akan dapat menyelamatkan diri mereka. Oleh itu, mereka akan memusnahkan seluruhumat Islam dan menjadikan ini seolah-olah untuk keamanan dunia.

Selepas itu pasukan jahat mula membina satu demi satu mesin-mesin yang berkuasa. Qasim berfikir bagaimana mungkin kita akan dapat bertarung dengan mesin-mesin yang hebat dan merbahaya ini? Mesin-mesin tersebut terbang tinggi di langit dan ia mula menembak antara satu sama yang lain sementara kita umat Islam terperangkap di tengah-tengahnya.Di sisi yang lain, terdapat sebuah dewan besar yang menghalang seluruh dunia daripada melihat apa yang sebenarnya telah berlaku. Mereka menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya mesin-mesin mereka dan bagaimana dua kumpulan yang berbeza bertempur antara satu sama yang lain. Namun pada hakikatnya, mereka adalah satu kumpulan yang sama, yang memusnahkan umat Islam dan tempat tinggal mereka.

Kuasa-kuasa jahat itu memberitahu dunia bahawa sekumpulan umat Islam mempunyai mesin yang hebat dan mereka harus memusnahkan kumpulan itu. Jika tidak, kumpulan itu akan memusnahkan keamanan dunia. Namun ini semua adalah pembohongan yang dahsyat dan kesemua mesin-mesin itu adalah milik mereka. Ianya hanya sebuah alasan untuk membunuh umat Islam beramai-ramai dan berlagak seolah-olah mereka di pihak yang benar.

Kemudian Nur Allah muncul pada jari telunjuk tangan kanan Qasim tetapi ia tidak cukup untuk memusnahkan mesin-mesin tersebut.LantasQasim memohon kepada Allah (SWT) supaya melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat Islam.Susulan itu, Allah (SWT)meningkatkan NurNya begitu banyak sehingga Qasim yakin bahawa ia akan dapat menghancurkan mesin-mesin tersebut.Qasim kemudian melemparkan Nur Allah ke arah mesin-mesin itu dan dengan penuh keajaiban, mesin–mesin itulangsung tidak dapat bertahan lantas mereka mencair sepenuhnya.Setelah itu,Qasimpun pulang dan semua umat Islam pun menjadi sangat gembira. Mereka berkata bahawa sesungguhnya Allah (SWT) telah menyelamat dan melindungi kita. Qasim memberitahu mereka bahawa Allah (SWT)ada bersama dengan kita dan janganlah kita berasa cemas lagi.

You may also like

Pada tahun 2015, Muhammad Qasim melihat mimpi dimana terdapat kegelapan dan kemusnahan di merata tempat seolah-olah negara jahat menjatuhkan bom nuklear.Qasim dan beberapa orang yang lain ingin melarikan diri dari tempat itu dan pergi ke tanah [...]
Dalam mimpi pada 28hb September 2015 ini, Nabi Muhammad (SAW) dengan hiba memberitahu Qasim bahawa rumah yang Baginda (SAW) bina telah diambil oleh orang lain manakala orang-orang dalam rumahnya telah lari dalam beberapa kumpulan.Manakala pihak [...]
Muhammad Qasim bukan seorang nasionalis terhadap Pakistan begitu juga dengan penyokong-penyokongnya. Menghampiri kiamat, Islam akan bangkit dari mana-mana tempat dan umat Islam akan bersatu semula dengan pertolongan Allah (SWT).
21hb Disember 2017.Dalam mimpi ini, Qasim mendapat berita bahawa Amerika Syarikat akan membuat pengumuman yang besar yang mungkin ada kaitannya dengan Palestin.Beliau lalu menaiki sebuah pesawat dan mula menyiasat. Presiden Amerika Syarikat [...]
Terjemahan Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim pada 02 Januari 2019 akhbar Daily Ausaf , Pakistan. Muhammad Qasim ialah merupakan seseorang yang tidak mempunyai keinginan duniawi. Beliau melihat mimpi yang benar sejak dari zaman [...]
Dalam video ini Muhammad Qasim menjelaskan sendiri bahawa dia bukan Imam Mahdi dan beliau tiada kaitan dengan Iman Mahdi. Beliau menyampaikan mimpi-mimpinya kerana mematuhi perintah Allah (SWT) dan RasulNya dan bukan kerana mahu digelar Imam [...]
Qasim berkata bahawa dia melihat mimpi ini pada 05hb Oktober 2017. Beliau menceritakan bahawa dia berada di suatu tempat yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Beliau berasa bahawa seolah-olah ALLAH(SWT) berada di atas kita, [...]
Wahai umat Islam! Mari mengenali mimpi Muhammad Qasim dan bertabayyunlah dalam meneliti kebenaran yang disampaikannya. Mimpi Muhammad Qasim adalah tidak bercanggah dengan ajaran Quran dan Sunnah.
Pada 19hb Februari 2016 Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Dalam mimpi ini kita berada di dalam sebuah bangunan yang sangat besar dan orang-orang yang mengendalikan bangunan ini mencipta sistem yang menghalang sesiapa sahaja daripada melarikan [...]
Dalam mimpi pada 3hb March 2017 ini, Muhammad Qasim melihat bahawa apabila kemusnahan telah bermula di Turki, maka Israel menjadi sangat aktif. Israel membina sebuah kubu untuk Dajjal dan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada [...]
1237
Page 1 of 7

Leave a Reply