Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim

Terjemahan Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim pada 02 Januari 2019 akhbar Daily Ausaf , Pakistan.

Muhammad Qasim ialah merupakan seseorang yang tidak mempunyai keinginan duniawi. Beliau melihat mimpi yang benar sejak dari zaman kanak-kanak. Dalam temubualnya dengan wartawan, beliau berkata bahawa sejak beliau berusia 12 atau 13 tahun, beliau telah melihat Allah سبحانه و تعالى (dibalik tabir) dan Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpinya. Tanda pertama mimpi Qasim ialah musuh akan cuba menyerang dan menghancurkan Pakistan namun Allahسبحانه و تعالىakan melindungi dan menyelamatkan Pakistan. Dengan belas rahmat Allah Ta’ala, Pakistanakan membangun dan berkembang maju dan ia akan memimpin dunia Islam.

Beliau menambah bahawa keseluruhan naratif mimpinya menekankan pada tiga perkara;
1. Menghindari syirik dan mesej yang sama juga adalah untuk umat Nabi Muhammad ﷺ
2. Melakukan zikir dan Tasbih siang dan malam
3. Menghantar Durood (selawat) dan Salam (Damai dan Berkah ) pada utusan terakhir, Nabi Muhammad ﷺ.
Pada tahun 2014, buat kali pertama Qasim diperintahkan untuk berkongsi mimpi daripada Allah سبحانه و تعالى dan mesej yang terkandung di dalamnya kepada orang ramai.

Mengenai mimpi tentang ketegangan dan konflik Pakistan-India, Muhammad Qasim berkata bahawa rakyat Pakistan juga mengambil bahagian dalam perang melawan India dengan sepenuh hati. Beliau juga mendapati dirinya berada di barisan hadapan untuk melawan Tentera India dan dia bersumpah untuk mempertahankan Pakistan terhadap apa-apa pencerobohan. Tentera dari negara yang mempunyai bendera Merah juga mengambil bahagian dalam konflik Pakistan – India ini dan mereka turut memberi amaran kepada Tentera India supaya tidak meneruskan rancangan menyerang Pakistan.

Semasa wawancara ini, Muhammad Qasim telah berulang kali bercakap tentang “Black Fighter Jets” (Jet Pejuang Hitam) dan menekankan hakikat bahawa jet pejuang hitam ini akan sentiasa bersedia untuk mempertahankan sempadan Pakistan.Bercakap mengenai Perang Dunia Ketiga (WW3) pula, Muhammad Qasim memberitahu bahawa semasa perang ini seluruh Timur Tengah akan musnah. Orang ramai dari Timur Tengah akan berhijrah ke Pakistan dan kemudian Pakistan akan bersiap sedia untuk Perang Dunia Ketiga. Jet pejuang hitam dari Pakistan akanmengalahkan Amerika Syarikat dan Rusia dan dengan itu Pakistan akan muncul sebagai negara kuasa hebat yang baru di dunia.

Muhammad Qasim juga memberikan pesanan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ bahawa jika mereka ingin berjaya maka mereka hendaklah melindungi diri mereka dari kesyirikan , tidak berjalan di bumi dengan sombong dan melayani orang lain dengan baik.

You may also like

Qasim tidak pernah mengaku dirinya sebagai Mahdi dan tidak ingin memakai gelaran Mahdi. Dia hanya menyampaikan mimpi-mimpinya kerana perintah Allah (SWT) dan RasulNya untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan.
Sebuah video yang memuatkan pesanan khusus akan kepentinganmenghindarisyirik kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan juga umat Islam oleh Muhammad Qasim Ibni Abdul Karim. "Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman [...]
Video ini menceritakan Qasim menjelaskan mimpinya mengenai Allah (SWT). Beliau mengatakan bahawa Allahyang Maha Kuasa , satu-satunya yang sering muncul dalam mimpinya.Qasim memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat Allah (SWT) dengan matanya [...]
Pada bulan Disember 2016 Muhammad Qasim mendapat sebuah mimpi.Ia adalah hari terakhir sehingga Kiamat dan Qasim perlu memanjat sebuah bangunan.Beliau tidak mempunyai kelengkapan untuk sampai ke puncak bangunan itu sementara orang ramai pula [...]
Dalam mimpi pada April 2015 ini Rasulullah SAW berkata; "Tidak ada yang mendengarkan saya!Sekiranya Islam saya tetap dalam keadaan yang sama, maka saya khawatir yang ianya akan binasa.Semua orang sibuk dengan pekerjaan mereka sendiri dan tidak [...]
Pada 25hb Februari Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi. Dalam mimpi ini Rasulullah (SAW) keluar dari rumahnya setelah mengambil wudu’ untuk solat asar.Nabi(SAW)sudah uzur dan memerlukan tongkat untuk berjalan.Baginda(SAW)menyeru kepada seseorang [...]
Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang. Menjelang akhir zaman, hampir [...]
Pada 20hb September 2015, Qasim melihat mimpi dimana kegelapan tersebar di merata tempat.Kita mempunyai segala tetapi tiada bekalan elektrik untuk menyalakan mentol (lampu) dan tiub. Kemudian Allah (SWT) memberikan elektrik kepada Qasim dengan [...]
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Page 2 of 7

Leave a Reply