SIAPAKAH MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

SIAPAKAH MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 7:49 am

Kisah Tentang Muhammad Qasim Dan Petunjuk

Ini adalah kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim.
Assalamualaikum. Saya berasal dari Pakistan.

Selama 26 tahun yang lalu, Allah SWT dan Muhammad SAW sentiasa datang ke dalam mimpi saya.Kali pertama mereka (Allah SWT dan Muhammad SAW) datang ke dalam mimpi saya ialah ketika saya berumur 12 tahun dan semasa saya berumur 17 tahun pula, mereka (Allah SWT dan Muhammad SAW) berterusan hadir ke dalam mimpi saya.Sejak itu Allah telah datang ke dalam mimpi saya sekurang-kurangnya 500 kali dan Muhammad SAW datang ke dalam mimpi saya sekurang-kurangnya 300 kali.

Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan-Nya.
Pada tahun 2007, Allah SWT dan Muhammad SAW mengajar saya apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan. Kebanyakannya untuk menghindari daripada segala perkara syirik.

Saya telah melihat banyak mimpi di mana Islam dan umatnya akan bangkit ke seluruh dunia.Kali pertama pada bulan April 2014, Allah SWT memberitahu saya, “Qasim, AKU ingin engkau menceritakan kepada seluruh dunia berkenaan tentang mimpimu dan AKU mahu semua orang tahu tentang dirimu”.Saya telah berkongsi banyak mimpi saya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan saya . Selepas itu, saya berhenti berkongsi mimpi saya.

Kemudian pada bulan Disember 2014, Muhammad SAW muncul dua kali dalam mimpi saya dan berkata, “ Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan menyampaikan mimpimu!”.Dalam penuh kekecewaan, saya bertanya kepada diri sendiri apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak tahu mengapa Allah SWT dan Muhammad SAW terus hadir ke dalam mimpi saya. Saya cuma seorang muslim biasa dan bukan seorang ulama. Namun saya hanya mengatakan kebenaran dan saya mahu menjadi sahabat Allah SWT (mencapai keredhaan Allah).

Saya tidak pernah melihat Allah. Saya cuma merasakan Allah SWT berada di atas Arasyh di atas langit dan saya mendengar suara-Nya dari sana atau melihat Nur-Nya.Saya berasa DIA lebih dekat dengan saya daripada urat leher saya dan di bahagian hadapan otak saya.
Saya juga hanya melihat tubuh Muhammad SAW kerana pandangan saya akan selalu lebih rendah disebabkan rasa hormat kepadanya.
Dalam beberapa mimpi, saya berjabat tangan dan memeluk Muhammad SAW. Tubuh saya juga bersaksi bahawa ini adalah batang tubuh yang suci Muhammad SAW.

Allah memberitahu saya dalam mimpi pada tahun 1994, “Qasim, AKU akan memenuhi janji yang AKU firmankan dan jika AKU gagal, maka AKU bukanlah TUHAN semesta alam”.Sejak hari itu saya menaruh keyakinan kepada Allah SWT dan menunggu janji-Nya.
Apabila saya mula berputus harap, Allah SWT atau Muhammad SAW akan menasihati saya dengan kesabaran dan memberitahu saya, “Qasim, muslim tidak boleh kehilangan harapan dan janganlah seperti kaum bukan islam”.

Di dalam banyak mimpi saya, Allah SWT dan Muhammad SAW sentiasa membimbing saya ke jalan yang benar. Dan di dalam kebanyakkan mimpi, Allah SWT juga memberitahu saya, “Qasim, pergi sebarkan cahaya kepada dunia yang di dalam kegelapan!”.
Allah SWT dan Muhammad SAW memberitahu saya, “Qasim, suatu hari engkau akan mengeluarkan seluruh umat Islam dari kegelapan dan seluruh dunia akan dipenuhi dengan cahaya dan kedamaian akan bermula dari Pakistan”.

Dalam mimpi yang lain saya melihat Dajjal cuba memusnahkan keamanan dunia. Allah SWT memberitahu saya bahawa kita akan menjadi umat terakhir Muhammad SAW di bumi ini dan kiamat akan didirikan ke atas mereka yang paling buruk dikalangan kita.


https://youtu.be/VIKM6xYt3f8

******************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply