Muhammad Qasim Menggambarkan Allah Dalam Mimpi-mimpinya. Apakah Qasim Pernah Melihat Allah?

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Muhammad Qasim Menggambarkan Allah Dalam Mimpi-mimpinya. Apakah Qasim Pernah Melihat Allah?

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 8:05 am

Qasim berkata bahawa kesemua mimpi-mimpi saya adalah sangat jelas seolah-olah ia berlaku di alam nyata. Tetapi kemudiannya apabila saya terjaga , saya menyedari bahawa ini semua hanyalah mimpi yang indah.

Setiap kali saya bermimpikan Allah dan Nabi Muhammad ﷺ , saya berharap saya dapat melihat mimpi seperti itu sepanjang masa.Warna-warna yang pernah saya lihat dalam mimpi itu, tidak pernah saya lihat di alam nyata.Saya menilainya 10 daripada 10 dan shaitan tidak boleh meniru Kebesaran dan Keagungan Allah juga wajah PesuruhNya, Nabi Muhammad ﷺ.

Allah yang Maha Kuasa , satu-satunya yang sering muncul dalam mimpiku.Saya tidak pernah melihat Allah dengan mataku dalam mimpiku.Saya hanya merasakan bahawa Allah berada di Arash yang agung dan saya mendengar suaraNYA dari belakang tabir.SuaraNYA itu kadangkala turun dari luar langit atau saya akan melihat cahaya yang sangat luar biasa dan terkadang suara yang luar biasa datang dari cahaya yang menakjubkan.Setiap kali saya melihat cahaya Allah, mata saya menjadi terpaku.Ia sukar untuk dijelaskan.

Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa cahaya ini adalah Allah tetapi sebaliknya cahaya Allah adalah sangat luar biasa berbanding dengan cahaya yang diciptakan Allah.Allah jauh dari segalanya untuk dikelaskan sebagai cahaya dan dia adalah Pencipta cahaya.Malah suara Allah juga sangat menakjubkan.Ia dipenuhi dengan begitu banyak belas Rahmat dan Kesucian yang jauh melebihi gambaran kata-kata.Juga suara Allah dalam mimpi saya jauh lebih tinggi mengatasi mana-mana manusia dan suara itu tiada sebarang kelemahan seperti kehabisan nafas semasa bercakap.Dalam setiap mimpi, saya merasakan bahawa Allah sangat dekat dengan saya, lebih dekat daripada bahagian hadapan otak dan urat leher saya.

Allah tidak pernah bercakap kuat dengan saya dan DIA juga tidak pernah mengangkat suaraNYA semasa marah atau bercakap dengan saya dalam keadaan marah.Allah sentiasa bercakap dengan saya dengan nada yang sangat lembut dan tenang walaupun saya melakukan dosa yang tidak terkira setiap hari.

Allah dan Muhammad ﷺ tidak pernah memaksa saya untuk mengikuti ajaran mereka dan oleh sebab itulah saya mencintai Allah dan Muhammad ﷺ lebih daripada segalanya.

Allah dan Muhammad ﷺ bercakap dengan saya dalam bahasa Urdu dan itulah bahasa utama saya.

Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad ﷺ adalah Rasul dan utusan terakhirNya.

Saya hanyalah salah orang dari umat Nabi Muhammad ﷺ dan saya bersaksi bahawa kutukan Allah ke atas pendusta.


https://youtu.be/s2o8R8ZK3ng

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply