DAJJAL – Manusia Kejam (Bhg. 1)

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

DAJJAL – Manusia Kejam (Bhg. 1)

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 10:17 am

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim. As-salamualaikum.
Saya melihat mimpi tentang Dajjal dan saya akan berkongsi mimpi itu dalam dua bahagian.Ini adalah bahagian yang pertama .
Saya telah melihat dajjal berkali-kali dalam mimpi saya.Ketinggian Dajjal ialah 6 kaki dan 1 atau 2 inci. Rambutnya sedikit kerinting dan kulitnya sedikit berwarna hitam. Wajah dajjal kelihatan kejam. Ketika dia berjalan seolah-olah tidak ada yang dapat berdiri di hadapannya.Dia kelihatan seperti lelaki biasa kepada saya tetapi dia mempunyai banyak kuasa ajaib.Dalam satu mimpi, syaitan memanggilnya sebagai pahlawan perang yang kaya.

Selepas Allah memenuhi seluruh dunia dengan nur dengan rahmatNya, dunia pun dipenuhi dengan kedamaian untuk sementara waktu. Kemudian setelah beberapa tahun Dajjal tiba-tiba muncul.Apabila Dajjal muncul maka orang ramai menjadi bimbang.

Dajjal mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan dia juga mempunyai kuasa untuk menyokong tuntutannya. Dia cuba menarik orang untuk mendapatkan keremajaan dan kehidupan kekal.

Orang yang lemah iman mula mengikuti dia dengan cepat.Saya keluar untuk menghentikan Dajjal dan dia berkata, “Qasim sertailah saya! Aku akan memberi engkau kehidupan yang kekal dan muda”.

Kemudian saya bertanya kepada Dajjal, “ Apa yang akan terjadi selepas itu? Pada suatu hari kita semua akan mati dan engkau tidak akan berjaya dalam tujuanmu. Engkau juga perlu mati pada suatu hari . Tuhan saya dan kamu adalah satu iaitu Allah, Tuhan Semesta Alam.

Setelah mendengar kata-kata ini Dajjal menjadi marah dan mengubah penampilannya menjadi sangat menakutkan.

Badan saya mula gementar dan saya tidak dapat mengumpul keberanian untuk mengatakan apa-apa. Dajjal berkata kepada saya, “Qasim jika engkau tidak menyertai aku maka aku akan membunuh mu. Jadi pulang ke rumah dan fikir dengan teliti jalan yang mana yang engkau mahu pilih!”

Kemudian saya pulang ke rumah orang Islam dan berkata, “Jika sesiapa pergi berjumpa Dajjal maka kemungkinan 99.9% dia akan mengikuti Dajjal. Dajjal ialah sebuah ujian yang hebat dan hanya mereka yang diberi rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan diri dari cubaan ini. Wahai orang Islam daripada kita menyertai Dajjal lebih baik kita mati sebagai orang Islam.Mari ! Mari kita mati di jalan Allah semasa berjuang menentang Dajjal!”

Semua umat Islam bersetuju dengan saya dan kami berperang melawan Dajjal. Tentara islam berjuang menentang tentera Dajjal manakala saya menentang Dajjal dan mengekang dia sehingga dia tidak akan dapat menggunakan kuasanya ke atas tentera Islam agar mereka boleh memberi kerosakan sebanyak yang mungkin kepada tentera Dajjal.

Nur Allah muncul di jari telunjuk kanan saya dan saya terus memerangi Dajjal untuk masa yang lama dengan Nur itu. Namun Dajjal sangat kuat dan ketika melawannya tiba-tiba, Nur Allah hilang dari jari telunjuk saya.

Saya berkata, “Qasim, lari dari sini!”. Dajjal mengejar saya dan berkata “Qasim, aku tidak akan membiarkan kamu hidup hari ini!”. Saya mula berlari di udara dengan rahmat Allah dan terus berlari sehingga saya mencapai medan gunung. Dajjal juga mengejar hingga ke sana. Dajjal menyerang saya dari belakang lalu saya terjatuh dan cedera. Batu yang besar melintang di sana dan ia terbuka dan berkata, “Qasim, sembunyikan dirimu di dalam saya. Saya akan menyelamatkan kamu dari Dajjal!”. Tetapi saya menolak . Kemudian Dajjal menghampiri saya dan berkata, “Qasim, bersedia untuk mati !” . Dia akan membunuh saya tetapi pada masa itu saya memanggil Allah, “Ya Allah ! Bantu saya!”. Kemudian perkataan Allah turun dari langit dan Allah melemparkan petir ke atas gunung yang berhampiran. Sebuah bunyi yang menakutkan terhasil dan gunung itu hancur selepas menjadi hitam . Lalu Dajjal jatuh dan pengsan.Setelah itu Allah menyembuhkan kecederaan saya dan berfirman, “ Dajjal hanya pengsan selama 4 jam dan kemudian dia akan bangun semula selepas 4 jam itu. Lari dari sini dan sembunyikan dirimu di suatu tempat. Selagi AKU tidak memerintahkanmu, jangan keluar di hadapan Dajjal!”.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Allah bahawa dia telah menyelamatkan saya dan kemudian saya melarikan diri dari sana.

Apabila Dajjal telah terjaga, dia berfikir bahawa dia telah membunuh saya. Dajjal kembali kepada umat Islam dan memberitahu mereka bahawa dia telah membunuh saya. Umat Islam pun berasa lemah setelah mendengar akan hal ini dan Dajjal meneruskan misinya lagi tanpa sebarang halangan.

Akan bersambung. Untuk lebih banyak mimpi lawati laman fb dan saluran youtube. Terima kasih kerana menonton . Semoga Allah memberi pahala kepadamu .

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply