Hari Terakhir Sebelum Kiamat

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Hari Terakhir Sebelum Kiamat

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 10:24 am

Muhammad Qasim melihat banyak mimpi di mana ia adalah hari terakhir sehingga qiyamat.Tetapi setiap kali ,Allah melanjutkannya dengan satu hari atas rahmatNya. Ini disebabkan oleh Qasim yang tidak menyelesaikan kerja yang telah diberikan kepadanya.

Mimpi Qasim yang pertama mengenai qiyamat ialah pada tahun 1998.Saya akan menceritakan mimpi itu.Saya bercakap dengan Allah semasa dia berada di atas ArashNya.Allah memberitahu saya,” Qasim , siapkan semua kerja engkau sebelum pukul 6 petang supaya AKU dapat mendirikan qiyamat.

Saya berkata, “ Baik “ dan saya mula berjalan pulang. Di dalam perjalanan, saya melihat seorang gadis dan saya mahu menikahi dia. Saya mula mengikuti gadis itu dan terlupa semuanya yang Allah akan menetapkan qiyamat pada pukul 6 petang .

Gadis itu berjalan dengan laju dan saya tidak dapat bersaing dengannya kerana terdapat banyak halangan dan ramai orang dan ini melambatkan saya . Saya terus mencari dia walau beliau sudah hilang dari pandangan.

Apabila saya yakin saya telah kehilangannya, saya melihat jam di tangan saya dan ia sudahpun menunjukkan pukul 8 malam.Saya berasa sangat terkejut dan terlampau takut. Saya pun duduk sambil memegang kepala. Saya berfikir apa yang telah berlaku kepada saya? Allah hanya memberi kita satu peluang dan saya telah menyia-nyiakannya.Tetapi kemudian saya tertanya-tanya bagaimana saya masih boleh hidup selepas jam 6 petang tadi?

Saya kembali dengan ketakutan ke tempat dimana saya berbicara dengan Allah. Saya bertanya kepada Allah dalam nada yang ketakutan dan berkata, “Ya Allah. Kenapa Engkau tidak mendirikan qiyamat lagi ?” Kemudian Allah menjawab dengan nada yang sangat lembut dan berkata, “ Qasim , engkau tidak memberitahu Aku sama ada engkau sudah menyelesaikan kerja atau tidak.Jadi Aku tidak menubuhkan qiyamat.”

Selepas melihat rahmat Allah, saya merasa lebih lega.Saya memberitahu Allah bagaimana saya bertemu dengan seorang gadis dan saya membuang masa saya dengan mengejarnya. Pada akhirnya saya tidak dapat memilikinya.

Allah berfirman “Tiada masalah Qasim. Aku telah melanjutkan masa sebelum qiyamat untukmu.Engkau mesti sangat letih . Engkau harus pulang dan berehat.Kemudian kerjalah pada mana-mana hari yang engkau pilih. Apabila engkau telah selesai menyiapkan kerjamu, maka beritahu AKU supaya AKU dapat menjalankan qiyamat”.

Saya berasa sangat gembira. Saya berkata kepada Allah di dalam hati “ Engkau telah memberikan pertolongan yang sangat besar pada saya hari ini .” Mulai sekarang saya hanya akan bergantung kepadaMu.

Saya pulang ke rumah dan bangun pada pukul 7 pagi. Saya mandi , memakai pakaian baru dan memulakan kerja saya. Salah satu pekerjaan saya ialah menghapuskan kegelapan dari dunia.

Saya menyelesaikan semua kerja saya pada pukul 10 atau 11 pagi. Saya memberitahu diri saya bahawa pada jam 5 petang saya akan melaporkan kepada Allah tentang penyelesaian kerja saya.Tetapi buat masa sekarang segalanya berada dalam keadaan aman. Saya dan semua orang menikmati hidup masing-masing dan kami makan dari Rahmat Allah.

Apabila masa telah menunjukkan pukul 5 petang, saya pun pergi ke tempat saya bercakap dengan Allah.Saya memberitahu Dia “ Dengan bantuanMu, saya telah menyelesaikan kerja yang telah Engkau berikan kepada saya.”Kemudian Allah berfirman “Baik Qasim. Aku sekarang akan mendirikan qiyamat.”

Kemudian saya bertanya kepada Allah, “Engkau tidak menetapkan qiyamat semalam kerana saya.Jadi adakah itu bermakna Engkau telah meningkatkan jangka hayat manusia?” Allah Ta'ala menjawab, “Aku bukan sahaja memanjangkan umur mereka tetapi juga meningkatkan peruntukan mereka”.

Perkara yang sama berlaku kepada saya dalam kehidupan sebenar.Pada bulan Oktober 2013, iaitu suatu masa di mana saya telah menyia-nyiakan hidup saya dan menyedari bahawa masa saya tidak akan pernah kembali. Kemudian Allah memberitahu saya dalam sebuah mimpi pada bulan Disember 2013 iaitu “Qasim , Aku mempunyai beberapa rancangan khas untukmu. Sekarang engkau berehatlah. Selepas itu, Aku akan memberitahu engkau apa yang perlu dilakukan”.

Setelah itu, di dalam sebuah mimpi pada April 2014, Allah memberitahu saya buat kali pertama, “Qasim, ceritakan mimpimu pada seluruh dunia!. Aku mahu semua orang tahu siapakah dirimu!!”


**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply