Sabda Nabi Muhammad ﷺ kepada Muhammad Qasim

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Sabda Nabi Muhammad ﷺ kepada Muhammad Qasim

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 8:20 am

Saya melihat mimpi pada 10 April 2015, Nabi Muhammad ﷺ menubuatkan bahawasanya anakku Qasim, sebelum hari pengadilan , empat (4) tanda-tanda utama akan muncul. Kemudian, Baginda Nabi Muhammad ﷺ bersabda pada saya bahawa tanda utama yang pertama ialah kemunculan kamu wahai anakku Qasim. Saya berasa terkejut dengan perkhabaran tersebut dan saya melihat diri saya sendiri berunding dengan seorang ulama untuk mengesahkan mengenai tanda pertama kiamat.

Lelaki itu bertanya “ Adakah kamu berkait dengan Nabi Muhammad ﷺ ?". Saya memberitahunya bahawa Nabi ﷺ adalah ayah saya dan orang selalu memanggilnya dengan nama Abu Al-Qasim. Selepas itu saya melihat dia bercakap dengan orang mengenai saya. Seketika dia kembali kepada saya dan berkata “ Qasim, tanda pertama kiamat sudahpun ditunjukkan oleh Allah dan yang lain akan menyusul.”

Selepas tiga(3) atau empat(4) minggu, saya bermimpi bahawa Nabi Muhammad ﷺ menubuatkan bahawa tanda utama kedua yang akan ditunjukkan selepas beberapa tahun ialah kemunculan dajjal. Baginda ﷺ juga menegaskan bahawa tanda utama dua yang terakhir ialah termasuk turunnya Nabi Isa a.s dan kemusnahan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Berdasarkan semua nubuat dari mimpi, akhir zaman sudahpun dekat. Saya sendiri tidak boleh membayangkan bahawa dunia akan berakhir dalam tahun-tahun yang akan datang. Saya tidak meminta sesiapa untuk percaya kepada saya tetapi percayalah terhadap apa yang Allah SWT and Rasul TerakhirNya perintahkan kepada ummah melalui mimpi – mimpi saya.

Saya dengan rendah diri meminta kalian supaya berkongsi mimpi-mimpi ini dengan keluarga, kawan dan saudara-saudara yang lain. Lawatilah laman facebook dan youtube untuk mimpi-mimpi yang akan datang dan yang sebelumnya . Jazakumullahukhayran kasiron. Assalamualaikum.

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply