RANCANGAN JAHAT MUSUH TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

RANCANGAN JAHAT MUSUH TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 8:26 am

Di dalam mimpi pada tanggal 22 January 2017, Muhammad Qasim melihat bahawa setiap negara memiliki bangunan masing-masing. Semakin besar saiz sesebuah negara, maka semakin besarlah saiz bangunan yang dimiliki. Negara Amerika Syarikat memiliki saiz bangunan terbesar, diikuti oleh Rusia yang memiliki bangunan kedua terbesar. Negara-negara Islam tidak memiliki bangunan, sebaliknya memiliki menara bewarna putih. Saya melihat hanya ada TIGA menara putih. Menara pertama dan kedua berada dekat antara satu sama lain manakala menara ketiga berada jauh dari menara pertama dan kedua. Menara pertama mengibarkan bendera Turki dan bersaiz lebih besar berbanding menara yang lain. Menara kedua mengibarkan bendera Arab Saudi, manakala bendera ketiga mengibarkan bendera Pakistan. Terdapat dua bangunan berdekatan dengan menara ketiga yang mengibarkan bendera China dan India.

Kemudian, saya melihat ketua-ketua bukan Islam membuat perancangan. Mereka berkata antara satu sama lain bahawa "Kita adalah satu-satunya yang memiliki bangunan terbaik dan kita memberikan kebebasan. Tetapi orang Islam memiliki menara dan mempercayai tuhan yang tunggal iaitu Allah, mereka tidak menyembah tuhan kita. Kesemua menara tersebut memusnahkan keamanan dan kecantikan dunia, jadi sekiranya kita memusnahkan ketiga-tiga menara tersebut, bangunan kita akan kekal dan menara Islam hancur sepenuhnya. Islam juga akan turut musnah. Kemudian, seluruh dunia akan sama-rata dan orang Islam akan menerima tuhan kita, jika mereka menolak, kita akan membunuh mereka. Kita akan menguasai seluruh dunia dan bebas melakukan apa yang kita mahu".

Setelah mendengar rancangan jahat tersebut, saya sangat terkejut dan bimbang. Kemudian saya melihat mereka memusnahkan menara Turki dari dasarnya dan menara tersebut mulai runtuh. Malangnya, rakyat Turki tidak menyedarinya. Bangunan yang mengibarkan bendera Rusia berada di sebelah kanan menara Turki. Apabila mereka melihat menara Turki mula runtuh, mereka cuba untuk menyelamatkannya dengan mengikat tali diantara menara dengan bangunan mereka. Mereka membantu atas dasar kepentingan peribadi, dan tiada seorang pun dikalangan penduduk Turki melakukan sesuatu untuk menyelamatkan menara mereka.

Kemudian, pihak musuh mula memusnahkan tali ikatan diantara Rusia dengan Turki. Seterusnya, mereka berarak menuju kearah menara kedua yang mengibarkan bendera Arab Saudi. Dalam keadaan yang amat terkejut, saya berkata kepada diri sendiri bahawa pihak musuh bekerja dengan begitu baik menurut apa yang telah mereka rancangkan dan kita umat Islam masih lagi tertidur lena . Kita tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan ketiga-tiga menara tersebut dan kita juga tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Islam. Jika menara pertama telah musnah, menara kedua juga tidak akan terselamat. Akhirnya, menara ketiga akan tinggal bersendirian. Jadi, bagaimana mungkin menara ketiga mampu menentang 100 bangunan secara bersendirian?

https://youtu.be/n-esVfG_I2M

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply