Tiga (3) Istana Islam

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Tiga (3) Istana Islam

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 8:30 am

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum
Dalam video ini saya membentangkan beberapa kebenaran yang mengejutkan melalui mimpi Ilahi saya yang tidak syak lagi bahawa semua kejadian ini akan berlaku tidak lama lagi.
Di dalam banyak mimpi saya, saya melihat islam seperti tiga bangunan berkuasa yang utama. Ia kelihatan seperti istana dan Istana-istana ini melindungi Islam. Baru-baru ini Allah telah menjelaskan kesemua tiga(3) istana kepada saya melalui mimpi Ilahi.

Menurut mimpi benar saya, istana yang pertama adalah Turki. Sementara yang kedua adalah Arab Saudi dan ketiga adalah Pakistan.

Dalam semua mimpi saya, saya melihat bahawa dua daripada tiga istana itu telah dimusnahkan oleh orang bukan Islam. Di dalam salah satu mimpi saya pada bulan Disember 2015 Nabi Muhammad ﷺ menyebutkan kepada saya bahawa istana terakhir Islam adalah Pakistan. Manakala pada 4 Disember 2014 Allah menunjukkan kepada saya bahawa dua dari tiga istana telah dimusnahkan oleh pasukan Illuminati yang jahat dan mereka menghadapi tidak banyak penentangan oleh orang Islam.

Orang Islam mula cemas apabila melihat istana pertama (Turki) dimusnahkan dan mereka gagal mempertahankannya. Kemudian umat Islam tergoncang apabila istana kedua (Arab Saudi) pula dihancurkan oleh pasukan jahat dan mereka mengatakan bahawa ia adalah satu kerugian yang amat dahsyat kepada Islam.Kemudian mereka bergerak ke arah istana ketiga dan terakhir Islam iaitu Pakistan.

Saya melihat diri saya di istana Islam yang ketiga dan terakhir. Saya melihat bahawa tiga istana terletak satu demi satu berturut-turut dan dua daripadanya telah diserang oleh musuh-musuh dengan senjata. Saya sangat terintimidasi dan saya ingin menyedarkan orang ramai tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Mereka kehilangan dua istana itu. Kemudian saya melihat musuh mula bergerak menuju istana Islam yang ketiga dan terakhir.

Umat Islam cuba melarikan diri dan bersembunyi dengan ketakutan. Saya memberitahu mereka “Sama ada anda berjuang atau menyembunyikan diri, anda akan tetap dibunuh”. Maka saya memutuskan untuk bertempur dan mati ketika menyelamatkan Islam.

Allah membantu umat Islam di istana Islam yang ketiga dengan kekuatanNya dan juga oleh jet pejuang hitam yang berkuasa.

Dengan bantuan Allah, orang Islam berjaya mempertahankan Pakistan, istana yang ketiga dan terakhir Islam.

Kemudian dengan RahmatNya, umat Islam dari Timur akan menyebarkan Islam yang sebenar ke seluruh dunia. Seluruh dunia akan dipenuhi dengan kedamaian dan keadilan hinggalah munculnya dajjal.

Semoga Allah menyelamatkan kesemua istana Islam.

Saya memerlukan sokongan dan pertolongan anda dalam menyebarkan mimpi-mimpi ini.
Janganlah hidup di dalam kegelapan dan hayatilah makna disebalik mimpi-mimpi Ilahi ini.
Permainan musuh-musuh yang jahat akan segera berakhir. Berita gembira ini adalah motivasi yang terbaik kepada umat Islam sejati yang masih tersisa. Jazakallahukhayron.

https://youtu.be/WbxqnuTJLGM

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply