MESIN MERBAHAYA

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

MESIN MERBAHAYA

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 9:12 am

Pada 22 Ogos 2015 Qasim melihat sebuah mimpi.
Dalam mimpi itu saya melihat terdapat huru-hara dan kekacauan di mana-mana. Manakala semua umat Islam sibuk dengan diri mereka sendiri. Kemudian saya sampai di sebuah tempat di mana pasukan jahat merancang sebuah pelan. Mereka mengatakan “ Oleh sebab umat Islam leka dengan diri sendiri jadi mereka tidak akan dapat menyelamatkan diri mereka . Kita akan memusnahkan setiap seorang daripada mereka dan menjadikannya seolah-olah ini semua untuk keamanan dunia!!”.

Selepas itu mereka mula membuat satu demi satu mesin-mesin yang berkuasa. Saya berfikir bagaimana mungkin kita akan dapat bertarung dengan mesin-mesin yang hebat dan merbahaya ini? Setelah mereka selesai membuat mesin itu, saya pun beredar. Mesin-mesin tersebut terbang tinggi di langit dan ia mula menembak antara satu sama yang lain sementara kita umat Islam terperangkap di tengah-tengahnya. Kesemua rumah kita, bangunan dan perniagaan kita ada di sana.

Terdapat sebuah dewan besar yang menghadang seluruh dunia daripada melihat apa yang sebenarnya telah berlaku. Mereka menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya mesin-mesin mereka dan bagaimana dua kumpulan yang berbeza bertempur antara satu sama yang lain. Namun pada hakikatnya, mereka adalah satu kumpulan yang sama, yang memusnahkan umat Islam dan tempat tinggal mereka.

Kuasa-kuasa jahat itu memberitahu dunia bahawa sekumpulan umat Islam mempunyai mesin yang hebat dan mereka harus memusnahkan kumpulan itu. Jika tidak, kumpulan itu akan memusnahkan keamanan dunia. Namun ini semua adalah pembohongan yang dahsyat dan kesemua mesin-mesin itu adalah milik mereka. Ianya hanya sebuah alasan untuk membunuh umat Islam beramai-ramai dan berlagak seolah-olah mereka di pihak yang benar.

Saya mengumpulkan beberapa orang dan bertanya kepada mereka, “Bagaimana kita boleh memerangi mereka ? Dengan perang ini kita akan musnah seluruhnya. Kita umat Islam tidak tahu apa yang perlu dilakukan manakala semua orang cuba untuk bersembunyi dan kita terus terbunuh”.
Kemudian Nur Allah muncul pada jari telunjuk tangan kanan saya tetapi ia tidak cukup untuk memusnahkan mesin-mesin tersebut. Setelah itu saya memohon kepada Allah "Ya Allah!, Lakukan sesuatu jika tidak kami akan hancur. Rumah-rumah kami telah musnah dan ramai dikalangan kami telah terbunuh . Kami semakin terhina di hadapan seluruh dunia".

Susulan itu, Allah meningkatkan NurNya begitu banyak sehingga saya yakin bahawa ia akan dapat menghancurkan mesin-mesin itu.Di saat saya keluar untuk bertarung dengan mesin-mesin itu, pakaian saya juga turut berubah. Kemudian saya berkata kepada diri saya, “ Qasim! Ini adalah masa untuk memusnahkan mesin-mesin tersebut!”. Saya mula berlari kemudian berlari di udara dengan rahmat Allah.

Saya berada betul-betul di hadapan mesin-mesin itu dan saya melemparkan Nur Allah ke arah mereka. Dengan penuh keajaiban , mesin – mesin itu tidak dapat bertahan walau kurang dari satu saat dan mereka mencair sepenuhnya. Kemudian saya pulang dan semua umat Islam pun keluar dan menjadi sangat gembira. Mereka berkata bahawa sesungguhnya Allah telah menyelamatkan dan melindungi kita. Saya memberitahu mereka bahawa Allah ada bersama dengan kita dan janganlah kita berasa cemas lagi.

-Mimpi itupun berakhir di situ-

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply