Kehancuran Negara Timur Tengah dan Perancangan Musuh ke arah Gerbang Peperangan Malhamah Al-Kubro

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Kehancuran Negara Timur Tengah dan Perancangan Musuh ke arah Gerbang Peperangan Malhamah Al-Kubro

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 9:25 am

Muhammad Qasim berkata “Aku melihat di dalam mimpiku pada 07 Julai 2017.” Di dalam mimpi tersebut, Aku berada di bawah dasar sebuah bangunan yang besar. Seseorang telah mencadang dan memberitahuku agar lebih baik keluar dari bangunan tersebut. Beberapa tentera musuh sedang menawan bangunan kita tetapi aku masih belum menyiapkan tugasanku, jadi aku tetap tinggal di situ. Tentera-tentera musuh mengetahui bahawa di dalam bangunan ini tinggal seorang lelaki yang akan mengalahkan semua tentera-tentera musuh pada masa akan datang. Jadi mereka merancang untuk memusnahkan sepenuhnya bangunan tersebut.

Oleh itu, lelaki tersebut beserta orang yang tinggal di dalamnya akan binasa. Tentera tersebut telah menyebarkan kemusnahan yang banyak tetapi aku tidak berasa bahawa bangunan ini akan mengalami sebarang bahaya. Selepas beberapa ketika, tentera musuh tersebut menjangkakan bahawa bangunan ini telah dimusnahkan sepenuhnya. Jadi mereka pun beredar keluar. Aku juga telah menyelesaikan tugasanku. Aku keluar dari situ dan mendapati bahawa sebahagian besar bangunan telah di musnahkan. Aku berkata bahawa bangunan ini telah rosak teruk dan aku tidak mengetahui apa-apa tentangnya?

Aku membuat keputusan untuk mencari tentera-tentera musuh dengan mengikuti kesan-kesan jejak mereka. Setelah aku berjalan untuk jarak tertentu, aku menoleh kebelakang untuk mengetahui berapa jauh jarak yang telah aku tempuhi dan untuk mengetahui berapa jauh jarak yang tinggal untuk aku sampai kepada tentera musuh tersebut. Kemudian aku memandang jauh dan melihat beberapa bangunan terletak sebelah-menyebelah. Tiba-tiba, sebuah letupan yang besar terjadi di dalam bangunan pertama dan impak yang kuat ini menghasilkan tekanan udara. Angin bertekanan tinggi meletup ke semua arah menyebabkan aku jatuh ke tanah.

Aku menutup kedua-dua telingaku sebelum bunyi impak tersebut sampai kepadaku. Namun aku masih mendengar bunyi kuat yang menakutkan. Aku bertanya, “Apakah jenis bom ini yang menyebabkan impak seperti ini walaupun aku berada jauh?” Selepas itu, suatu kekecohan yang besar pun bermula. Tiba-tiba, letupan kedua terjadi di dalam bangunan yang kedua dan impaknya lebih besar daripada yang sebelumnya. Aku berkata “Semoga Allah mengasihani. Siapakah yang menyebabkan letupan-letupan dahsyat yang menyebabkan impak yang besar?”

Ramai orang mati dan terdapat suara jeritan di mana-mana. Orang yang terselamat pula berlari-lari ke sana-sini. Apabila melihat orang-orang itu, aku mengenali mereka dari mimpi-mimpiku. Ini adalah orang yang meminta bantuanku di dalam mimpi. Kemudian aku menghantar mereka ke tempat selamat dengan menggunakan sebuah bot. Kemudian berlaku letupan ketiga yang mana lebih teruk berbanding dua letupan sebelum ini dan kesan impaknya begitu hebat ketika ini sehingga aku terjatuh ke tanah. Kedua-dua telingaku berdengung dan aku tidak dapat mendengar apa-apa seketika. Pendengaranku kembali pulih dengan susah-payah dan apabila deriaku telah kembali pulih, aku memandang ke sekeliling. Aku melihat mayat-mayat bergelimpangan di mana-mana. Impak tersebut sangat dahsyat sehingga mampu membawa mayat-mayat tersebut ke seluruh tempat. Darah tumpah di mana-mana, huru-hara tersebar di merata tempat dan mangsa yang terselamat pula bertempiaran lari seolah-olah hari pengadilan telah tiba.

Aku berkata, “Qasim, aku tidak dapat membantu mereka di negara ini, jadi lebih baik untuk keluar dari situ sebelum sesuatu yang besar berlaku." Kemudian, aku berlari keluar dari situ dan di suatu tempat, seorang lelaki telah menyerangku dengan menggunakan belati, dia sangat mahir menggunakan senjata tersebut. Aku berkata bahawa dia pasti merupakan salah-seorang daripada tentera musuh. Aku mengalami beberapa luka kecil namun aku dapat menewaskannya dengan belas kasihan Allah.

Aku pergi ke tempat tinggi yang selamat untuk melihat seberapa besar kemusnahan yang telah berlaku. Aku berkata, “Siapakah yang melakukan ini? Dan bagaimanakah kita boleh melawan mereka?” Aku melihat bagaimana kemusnahan merebak di luar batas imaginasiku dan ia terus tersebar. Aku berkata bahawa kemusnahan ini hanya dapat diperbaiki dengan belas kasihan khusus dan bantuan Allah. Mimpipun berakhir di situ.

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply