PERANG DUNIA KETIGA ( WW3)

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

PERANG DUNIA KETIGA ( WW3)

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 9:42 am

Di dalam mimpi pada tarikh 3 Mac 2017, Muhammad Qasim melihat kejatuhan Turki dan kemusnahan ada di mana-mana sahaja. Setelah peristiwa ini terjadi, Israel menjadi sangat aktif. Mereka meningkatkan operasi mereka di sekitar Palestin dan mereka juga membina sebuah kubu untuk dajjal. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa selain dari membantah.

Kemudian Israel membentuk pakatan dengan negara-negara lain dan menyebarkan kerosakan. Amerika Syarikat adalah antara penyokong mereka dan membantu Israel dengan menawarkan kepakaran mereka. Apabila Rusia mengetahui tentang perkara ini, mereka segera membentuk pakatan dengan negara-negara yang berdekatan. Dan Rusia juga menjadi aktif serta berlumba-lumba dengan yang lain dalam menawan negara di Timur Tengah. Mereka semua bertujuan seolah-olah mahu menakluk seluruh dunia.

Setelah itu Amerika Syarikat secara terbuka terlibat di Timur Tengah. Mereka bertemu dengan Israel dan sekutu yang lain. Kemudian mereka bersama-sama menentang kumpulan daripada Rusia. Ini menyebabkan Rusia dan sekutunya melawan kembali.Oleh yang demikian Perang Dunia 3 pun bermula dan medan peperangan ialah di negara-negara Timur Tengah.

Justeru, kemusnahan yang paling teruk berlaku di Timur Tengah di mana sejumlah besar umat Islam dibantai. Peperangan itu menjadi begitu ganas dan menakutkan sehingga orang Islam tidak dapat menandingi mereka bahkan tiada sesiapapun berani menolong mereka.Pertumpahan darah perlahan-lahan menyebar ke seluruh negara seperti Mesir, Sudan, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan hampir setiap bahagian Timur Tengah.

Pasukan Israel sentiasa mendapat lebih banyak sekutu malahan beberapa negara Muslim juga menjadi sekutu samada Amerika Syarikat ataupun Rusia. Kedua-dua kuasa besar ini mahu menakluk kebanyakan tanah dan mana-mana daerah yang mereka capai, mereka memegang dengan kuat.Mereka juga terus bertarung di antara satu sama lain di samping membunuh orang Islam.

Di sisi lain, Pakistan menjadi semakin kuat dan mula berkembang. Tetapi India yang bersekutu dengan Israel mula menyerang Pakistan. Bahkan Amerika Syarikat ,Israel dan juga banyak negara Timur Tengah yang lain membantu India melawan Pakistan. Mereka semua bertujuan untuk memusnahkan Pakistan sepenuhnya. Oleh itu Pakistan mempunyai sejumlah musuh yang amat besar.

Tetapi Allah melindungi Pakistan dengan sekitar tiga(3) ribu jet pejuang hitam. Kemudian perang melawan Pakistan pun bermula. Namun, dengan pertolongan Allah, Pakistan menang ke atas musuhnya.
Pakistan menakluki seluruh India, Bangladesh dan Afghanistan. Sebaik sahaja Pakistan mengisytiharkan kemenangan ke atas India, Indonesia dan Malaysia juga menjadi sekutu Pakistan. Kemudian Pakistan memasuki Timur Tengah dengan kehendak Allah. Dan mereka memerangi kedua-dua kuasa besar itu dengan menggunakan jet pejuang hitam yang kuat. Dan Pakistan menyerang sedemikian rupa sehingga tidak ada sesiapa dapat menghentikannya. Selepas mengalahkan kedua-dua kuasa besar itu, Pakistan menjadi kuasa besar dan memencilkan diri dari dunia. Pakistan menguasai semula negara Timur Tengah dan negara-negara Arab.

Kesemua kawasan ini menjadi sebahagian daripada Pakistan dan mereka mula membina semula kawasan tersebut. Setelah itu, Islam yang sebenar yang berasal daripada Nabi Muhammad ﷺ mulai didirikan di semua daerah tersebut.

Akhirnya keamanan tiba setelah perang yang paling besar dalam sejarah manusia itu berakhir .

https://youtu.be/TMWRw0CGC8Q


**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply