KEAMANAN TIBA SETELAH BERTAHUN HURU-HARA

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

KEAMANAN TIBA SETELAH BERTAHUN HURU-HARA

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 10:01 am

Di dalam mimpi pada 31 Mac 2018, saya mendapati diri saya di sebuah rumah yang berada di Timur Tengah. Ia adalah rumah yang sangat besar tetapi reka bentuknya adalah yang lama. Terdapat banyak bilik di dalam rumah itu dan dindingnya dicat hijau. Terdapat orang di dalam bilik-bilik rumah ini dan mereka masing-masing sibuk dengan kerja mereka sendiri.

Saya berkata kepada diri sendiri apa yang saya lakukan di rumah ini? Saya berjalan di dalam rumah dan terdapat tingkap di salah satu bilik yang terbuka keluar. Di sana saya melihat seorang kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun dan dia melihat sesuatu di luar melalui tingkap itu. Saya juga melihat di luar melalui tetingkap ini. Saya melihat sebuah rumah yang agak jauh dari sana. Rumah ini sangat moden dan ia kelihatan seperti sebuah bangunan yang besar dan terdapat ramai orang di sana.

Seorang lelaki mempunyai sebuah kereta berwarna merah dan dia memandu di sekitar sana. Saya berasa seperti lelaki ini adalah ketua rumah itu. Dia melayangkan kereta dan melakukan aksi yang berbeza. Orang-orang di sekelilingnya memuji apabila melihatnya. Lelaki itu sebenarnya melakukan aksi yang agak baik.

Apabila saya mula berjalan menghampiri bilik yang lain, kanak-kanak yang berdiri berhampiran saya itu datang berlari ke arah saya. Dia menyambut saya dan memberitahu saya akan namanya dan saya menyambutnya kembali. Dia berkata kepada saya, “Adakah anda melihat kehebatan lelaki itu memecut kereta?” Saya berkata kepadanya, “Ya. Saya melihatnya. Inilah hobi orang yang kaya. Dia mempunyai kereta dan kawasan yang besar sebab itulah dia melakukan aksi yang berbeza.” Kemudian anak itu berkata kepada saya,”Bolehkah anda bermain kriket dengan saya? Saya mempunyai kayu pemukul dan bola.” Saya menjawab kepadanya, “Ya. Kenapa tidak!”

Seketika kemudian ibunya memanggil dia dari bilik yang lain dan memintanya supaya menyelesaikan kerja sekolah dahulu kemudian setelah itu barulah dia boleh bermain. Lalu anak itu berkata kepada saya, “Tunggu di sini. Saya akan menyelesaikan kerja rumah saya dan juga membawa kayu pemukul dan bola semasa saya kembali nanti.” Saya pun memberitahunya, “Baiklah. Saya akan tunggu di sini.”

Kemudian, tiba-tiba sesuatu datang ke dalam fikiran saya yang mendorong saya berjalan ke arah tingkap itu lagi dan mula menonton lelaki itu dengan kereta merahnya. Selepas beberapa ketika, seorang lelaki yang lain pula datang berhampiran tingkap itu dan mula menonton aksi kereta tersebut.

Saya melihat rumah moden itu dan ia amat kukuh dibina serta kelihatan sangat cantik dari sana. Lelaki dengan kereta merah itu berteriak dengan penuh bangga, “Lihat! Saya melakukan aksi yang sangat baik.” Kemudian, tiba-tiba saya terdengar bunyi yang aneh dari dasar dinding rumah itu dan tanah di sekelilingnya mula tenggelam. Dinding rumah juga mula roboh selepas itu. Apabila melihat akan keadaan ini, saya memberitahu lelaki yang berdiri di sebelah saya, “Lihat! Tanah itu tenggelam dari sana dan dinding itu juga roboh!” Dia terkejut melihat akan hal ini dan berkata,”Bagaimana ini boleh berlaku ?... Rumah ini sangat kukuh!” Saya berkata, “Ya. Tetapi saya bimbang bagaimana jika serpihan dari dinding rumah itu jatuh ke rumah kita dan merosakkannya?” Dia menjawab, “Tidak, ini tidak mungkin! Rumah itu jauh . Bahkan jika dinding itu roboh maka serpihan itu tidak akan sampai ke sini.”

Setelah itu, saya melihat bahawa tanah di hadapan rumah itu mula tenggelam dan salah satu sisi dinding juga roboh. Tanah mula tenggelam dengan cepat tetapi orang-orang di sekeliling tidak memberi perhatian terhadap perkara itu dan mereka sibuk memerhatikan aksi lelaki itu dengan kereta merahnya. Bahkan orang itu sendiri tidak memberi perhatian terhadap keadaan itu. Saya berkata kepada diri sendiri bahawa tanah di bawah rumah ini sedang tenggelam dan orang-orang ini tidak peduli akan hal itu dan mereka sibuk dengan memuji-muji lelaki tersebut.

Kemudian tiba-tiba lelaki itu mengalihkan keretanya ke arah tempat letak kereta. Tanah itu telah tenggelam dengan sangat cepat dan beberapa orang yang memujinya juga telah ditelan oleh bumi. Orang lain mula menjerit apabila mereka melihat diri mereka semakin tenggelam ke dalam bumi. Terdapat banyak debu di sekeliling tempat runtuhan dan penenggelaman tanah itu. Sebaik sahaja lelaki itu tiba di tempat letak kereta dan dia meletakkan kereta itu, tanah pun tenggelam. Beliau tertimbus jauh ke dalam bersama keretanya. Apabila melihat akan hal ini saya menjadi sangat sedih. Saya bertanya kepada lelaki di sebelah saya itu, “Adakah anda fikir lelaki itu masih hidup?” Dia berkata,” Tidak. Dia tentunya sudah meninggal dunia!” Saya berkata,” Ya, setelah tertimbus di bawah tanah yang begitu dalam, dia pasti telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas.”

Ketika melihat pemandangan yang dahsyat ini, saya berkata bahawa saya perlu pergi ke luar dan memberi amaran kepada orang ramai untuk keluar dari sana kerana rumah itu sedang runtuh. Saat saya tiba, tanah mula tenggelam dengan sangat cepat dan banyak kemusnahan berlaku di rumah tersebut. Kemudian tanah itu terus tenggelam sehingga ia sampai ke rumah tempat saya tinggal.

Tanah itu tenggelam daripada bawah salah satu dinding rumah ini dan dinding mulai runtuh. Kemudian salah satu bilik rumah ini turut runtuh dan terdapat debu di sekitar sana. Saya bimbang sekiranya bencana ini juga telah sampai ke sini dan apa yang akan berlaku seterusnya? Tiba-tiba tanah berhenti tenggelam berhampiran pintu masuk utama rumah ini. Ia hanya tenggelam di situ dan tidak tenggelam lagi. Oleh yang demikian, penduduk rumah boleh keluar dari sana. Saya bersyukur kepada Allah (swt) bahawa tanah tersebut telah berhenti tenggelam di situ.

Apabila saya melihat tanah yang telah runtuh itu, ia sama rata dari semua jalan bermula dari rumah itu. Saya melihat beberapa kepingan besi di dalam tanah yang tenggelam itu dan terdapat juga corak yang sama pada tanah itu. Ia dipotong secara teratur seolah-olah di sebalik runtuhan rumah-rumah ini terdapat seseorang yang telah merancangnya dengan teliti.

Kemudian saya terfikir bahawa saya perlu bersegera. Saya berlari ke dalam rumah dan berteriak “Keluar dari rumah ini kerana tanah di bawah rumah ini akan tenggelam!” Beberapa orang mendengar kata-kata saya dan membawa barang-barang mereka keluar. Lalu saya menyedari bahawa terdapat beberapa barangan saya di sana dan dengan pantas saya pergi ke bilik untuk mengambil barang-barang itu.

Ketika memandang mereka saya merasakan bahawa saya mendapat semua ini dari Allah SWT. Setelah mengambil barangan saya, saya terfikir akan kanak-kanak itu lalu saya pergi menemuinya di salah satu bilik dan memberitahunya untuk keluar dari sana kerana rumah itu akan runtuh. Dia dan keluarganya mengambil barang-barang mereka dan berlari ke luar. Tanah yang tenggelam masih berhenti berhampiran pintu utama tetapi dari sebelah rumah yang lain tanah itu mula runtuh dan terdapat kehancuran di sekelilingnya.

Selepas berpindah, penduduk rumah itu bertanya kepada saya, “Apa yang perlu kita lakukan sekarang dan ke manakah kita harus pergi?” Saya berkata kepada mereka,”Jangan risau!.” Saya menunjuk ke arah timur dan memberitahu mereka supaya pergi ke arah itu. Terdapat sebatang sungai kecil di pertengahan jalan. Selepas menyeberangi sungai itu kalian akan melihat rumah yang lain dan kalian boleh pergi ke rumah tersebut.

Orang-orang tersebut pun mula berjalan ke arah itu. Saya juga membawa barang-barang dan saya tidak pernah meletakkannya. Saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa jika saya meletakkannya di suatu tempat dan melupakannya tentu ia akan tertimbus. Oleh itu, saya membawa barang-barang tersebut setiap masa.

Saya masuk ke dalam rumah itu sekali lagi dan membawa lebih ramai orang keluar. Ketika saya keluar, kumpulan pertama daripada mereka kembali kepada saya dan bertanya bagaimana kita akan menyeberangi sungai itu? Saya pun membawa mereka bersama. Sungai itu cetek di suatu bahagian, lalu saya meminta mereka untuk menyeberangi sungai dari bahagian tersebut.

Kami melepasi sungai itu dan pergi lebih jauh ke hadapan dan bertemu sebuah rumah yang kecil, usang dan uzur. Apabila saya memandang rumah itu, saya berkata bahawa ia adalah rumah yang sama di mana saya dilahirkan. Saya memberitahu orang-orang itu untuk berlindung di rumah tersebut dan apabila Allah (swt) menghendaki, segalanya akan baik-baik sahaja.

Mereka pun memasuki rumah itu. Saya berkata kepada mereka bahawa kita perlu mengukuhkan rumah ini dan melindunginya dari bawah tanah juga supaya malapetaka tidak menjejaskan rumah ini serta merosakkannya. Allah (swt) pasti akan membantu kita.

Kemudian saya pulang kerana terdapat beberapa rumah yang lain juga. Saya memberitahu orang-orang di dalam rumah itu dan dua rumah besar tersebut supaya keluar dan pergi ke rumah di seberang sungai sana. Mereka pun mula menuju ke rumah yang kecil dan lama tersebut seorang demi seorang.

Selepas itu, adegan-adegan dalam mimpi itu masuk ke mod ke hadapan yang cepat. Saya tidak ingat apa yang berlaku pada masa itu. Kemudian ketika adegan menjadi normal semula, saya mendapati bahawa diri saya di hadapan pintu rumah. Saya berasa seperti bencana itu telah hilang dan orang-orang yang diselamatkan semuanya berada di rumah ini. Apabila saya memasuki rumah itu, saya mendapati bahawa ia telah berubah sepenuhnya. Saya menjadi sangat terkejut dan mengatakan bahawa ini adalah rumah yang sama yang dibina oleh Nabi Muhammad (s.a.w) yang saya sedang mencarinya di dalam mimpi-mimpi saya.

Allah (swt) telah mengembalikan rumah ini kepada kita dengan rahmat-Nya dan saya menjadi sangat gembira. Rumah ini lebih besar daripada kedua-dua rumah tersebut. Saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini dan mendapati bahawa terdapat keamanan dan kemakmuran di mana-mana. Saya memasuki bilik yang sangat besar di sana dan saya melihat bahawa ramai orang sedang duduk bersama dan mereka bercakap di antara satu sama lain.

Orang Islam dari seluruh dunia dengan pelbagai bahasa dan budaya berkumpul di sana. Saya melihat ke arah mereka dan berfikir selagi malapetaka tidak menimpa mereka, orang-orang ini tidak akan mahu melihat di antara satu sama lain. Kini mereka berkumpul di suatu tempat dan bercakap di antara satu sama lain seolah-olah mereka adalah saudara yang sejati. Mereka saling menghiburkan dan saling menghormati di antara satu sama lain dengan berhemah dan penuh penghormatan.

Kemudian seorang lelaki muda memasuki bilik. Dia kelihatan biasa dan saya berasa seperti saya telah melihatnya sebelum ini. Kemudian saya berkata kepada diri sendiri bahawa wajahnya menyerupai anak yang saya jumpai di rumah di Timur Tengah itu. Saat itu, lelaki muda tersebut memandang saya dan mula bercakap dengan saya. Saya berkata kepadanya, “Saya bertemu dengan seorang kanak-kanak dan anda sangat menyerupai dirinya . Justeru, saya teringat akan kanak-kanak itu ketika melihat anda.” Dia berkata kepada saya bahawa dia adalah anak yang sama. Saya terkejut dan memanggilnya dengan namanya dan bertanya kepadanya, “Adakah anda anak yang sama?” Dia menjawab, “Ya, saya adalah anak yang sama yang anda jumpai dahulu.” Saya berkata kepadanya bahawa dia sudah meningkat dewasa sekarang. Dia berkata,” Ya saya sudah dewasa dan saya sangat gembira melihat anda.” Saya bercakap dengannya untuk beberapa ketika dan apabila melihat akan hal ini saya menjadi bingung.
Kemudian saya duduk di suatu tempat di dalam bilik itu. Saya masih memegang kuat kepada perkara-perkara yang telah disampaikan oleh Allah (swt) kepada saya. Saya berkata kepada diri saya, bertahun-tahun telah berlalu dalam keadaan huru-hara dan saya tidak menyedarinya bahawa anak muda ini dahulunya adalah kanak-kanak tersebut.

Selepas bertahun-tahun, akhirnya saya mempunyai masa untuk menarik nafas lega dan melihat masa-masa yang aman dan makmur ini. Ya Allah! Apabila saya melihat dinding rumah ini, saya berasa seolah-olah ia sangat kuat dan tidak ada yang dapat menewaskannya. Terdapat keberkatan dan rahmat Allah (swt) dikurniakan ke atas kita dari dinding dan atap rumah itu. Kemudian saya terfikir bahawa tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Allah (swt), Pemilik alam semesta! Dan mimpipun berakhir di situ.

Jazakumullahukhair
**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply