Kebangkitan Islam dan Muslim di Akhir Zaman Bermula dari Pakistan

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

Kebangkitan Islam dan Muslim di Akhir Zaman Bermula dari Pakistan

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 10:14 am

Qasim berkata, “Saya telah melihat banyak mimpi bagaimana Islam dan umat Islam ini akan bangkit semula sekali lagi dari seluruh dunia.Jika saya mencampurkan bahagian mimpi yang baru dan lama maka penjelasan seperti ini terbentuk, semakin terang bagaimana ianya akan terjadi."

"Setelah tersebarnya berita mengenai mimpi saya ke seluruh dunia, Allah memberikan pertolongan (berupa rezeki), kemudian saya mendapat banyak rezeki yang berupa kekayaan. Saya tidak dapat mengingati dengan tepat, dan perlahan-lahan ia menjadi berbilion-bilion dolar jadi saya berfikir bahawa apa gunanya semua kekayaan ini bagiku dan saya pun mengagihkan kekayaan ini di kalangan rakyat.”

Muhammad ﷺ melihat semua ini dan suka akan tabiat saya (Qasim) membelanjakan (rezeki) kekayaan di jalan Allah dan bukan menggunakannya untuk menjalani kehidupan yang mewah. Lalu Muhammad ﷺ memohon kepada Allah untuk menjadikan Qasim sebagai pemimpin bagi Negara Pakistan .Allah berfirman, “Sesungguhnya ia tetap akan berlaku.”
Setelah semua itu berlaku, Muhammad ﷺ mula memberikan kesaksian kepada Ketua Tentera Pakistan “Bahawa Qasim tidak berbohong dengan sesiapa, dan sesungguhnya mimpi Qasim adalah benar yang datangnya daripada Allah.”

Selepas itu semua orang di Pakistan mula mengatakan bahawa pemimpin negara ini sepatutnya adalah Qasim yang tidak mencintai kekayaan tetapi sebaliknya mengedarkannya di kalangan rakyat . Bahkan tentera Pakistan juga mahu menjadikan beliau sebagai pemimpin.
Muhammad ﷺ juga memberitahu:
“Qasim aku mahu menjadikanmu sebagai Pemimpin bagi Negara Pakistan.”
Qasim menjawab:
“Bagaimana saya akan melakukan semua ini padahal saya hanya seorang manusia biasa.”
Muhammadﷺ lalu bersabda:
“Qasim jadilah pemimpin dan apa saja yang engkau katakan, Allah akan menjadikannya perkara yang benar dan menerima doamu terhadap apa saja yang engkau pohonkan (kepada Allah).”
Maka perlahan-lahan rakyat dan Tentera Pakistan menjadikan saya pemimpin mereka. Pertama sekali yang saya lakukan adalah membersihkan Pakistan dari semua bentuk kekufuran (syirik) dari setiap peringkat kerajaan, dan orang ramai mula bertanya kepada saya untuk menyelesaikan semua masalah seperti apa yang saya telah lihat dalam mimpi.
Kemudian Allah berfirman dari langit:
“Wahai Qasim! Apa sahaja yang engkau pohonkan, AKU sudah pasti akan melengkapkannya walaupun ianya sesuatu perkara yang mustahil. AKU akan membuat rancangan tersebut dengan RahmatKu dan menjadikannya benar. Qasim, AKU tidak akan membuatmu berasa malu di hadapan sesiapa sahaja. Apa sahaja yang engkau pohonkan ianya amat mudah untuk AKU lengkapkan dan sesungguhnya perkara itu amat mudah bagiKu.”

Saya berkata kepada orang ramai, “Sesungguhnya Allah bersama dengan kita semua dan Allah akan membantu kita daripada tempat yang tidak dapat dilihat.Jadi marilah pergi berjuang (agar kita) menjadi lebih cemerlang dari orang barat dalam segala bidang dengan rahmat dan bantuan Allah yang memberikan kita kepandaian serta membebaskan fikiran kita dari kekotoran dan maksiat.

Kemudian saya membersihkan Pakistan dari semua jenis kekufuran(syirik) . Lalu saya memberitahu orang ramai bahawa Allah dan Muhammad ﷺ telah menunjukkan saya jalan yang betul melalui mimpi (yang benar) supaya anda semua mengikuti laluan itu.Maka saya menghapuskan semua kumpulan (yang berpecah-pecah) dan menyatukan mereka menjadi satu Negara Islam,Hari Raya disambut pada satu hari (yang sama) dan Azan dilaungkan pada satu masa yang ditetapkan. Saya menghapuskan semua sistem riba dan membentuk sistem perbankkan bebas daripada riba. Semua bentuk penindasan dan keganasan telah pun dimusnahkan.

Keadilan dan kesaksamaan mula menang dan seluruh sistem keadilan telah ditubuhkan sehingga seluruh dunia menjadi terkejut.Sistem kerajaan yang ditubuhkan adalah sesiapa saja boleh mempersoalkan polisi Perdana Menteri,ketua tentera dan ketua jabatan lain dan mereka semua terikat untuk menjawab soalan orang awam.

Pakistan mula mencapai kemajuan, keamanan dan ketenangan dengan pesat dan cepat.Setelah Negara India melihat semua ini, mereka mencuba untuk menghentikan Pakistan daripada menjadi makmur dan mula membuat persediaan untuk menyerang Pakistan.Maka tentera dan orang di Pakistan juga mula bersedia menghadapi mereka, tetapi saya tidak mahu berperang kerana saya tahu perang ini akan menjadi dahsyat sementara masih terdapat ramai umat Islam yang tinggal di India lalu saya memohon kepada Allah untuk melakukan sesuatu agar peperangan ini dapat dielakkan.

Lalu Allah menghantarkan seribu jet pejuang yang berkuasa tinggi dengan bantuan Allah.India menjadi takut selepas melihat jet pejuang hitam ini dan tertanya-tanya bagaimana Pakistan memperolehi jet pejuang sebegini?Penduduk dunia dan juga jurutera tentera Amerika menjadi hairan dan bimbang.Kemudian saya memberitahu India apakah mereka sanggup menghadapi jet pejuang yang tiada tandingannya itu?

Kerajaan India mengumumkan bahawa mereka tidak jadi melakukan serangan ke atas kami.Lalu India berundur dengan menarik seluruh tenteranya kembali dari sempadan.
Saya mengambil kesempatan ini dengan mengunakan kekuatan jet pejuang dan menyerang tempat yang terkenal di Timur Tengah dan membebaskannya.Ini ialah sepertimana yang dirancangkan Allah dan memberikan masa yang aman bagi Pakistan untuk berkembang maju.
Selepas melihat jet pejuang hitam itu, umat Islam dari seluruh dunia meninggalkan kemewahan negara mereka secara kekal dan berhijrah ke Pakistan untuk mula mengambil peranan mereka dalam membina semula agama Islam.Umat Islam mula mengatakan,“Sebagaimana Allah telah membantu Qasim dengan menjadikan mimpinya menjadi kenyataan dan sesungguhnya Allah telah pun menunjukkan nikmat yang besar kepada mereka.” Tetapi kuasa-kuasa besar tidak menyukai Pakistan apabila melihat ini berlaku dan bahawasanya Pakistan tidak dapat dihentikan daripada menjadi kuat.Maka mereka mula mencuba untuk memusnahkan Pakistan melalui kewangan dan meminta Pakistan untuk memberi balik pinjaman yang sepatutnya dibayar.

Mereka berkata, “Jika Pakistan tidak mengembalikan pinjaman tersebut maka kami akan mengenakan syarat-syarat ke atas Pakistan dan menjadikan mereka sebagai hamba kami lagi.” Walau bagaimana pun, Allah tetap membantu kita di sini juga, dan memberikan kepada kita khazanah. Dari kekayaan khazanah itu, kita berjaya membayar balik semua pinjaman yang dilakukan Pakistan (suatu masa dulu).

Apabila umat Islam di seluruh dunia melihat bahawa Allah membantu Qasim seperti seorang wali Allah yang sebenar maka mereka mula memaksa saya secara berterusan untuk memimpin umat Islam tetapi saya terus menerus menolak mereka.
Pakistan berdiri sendiri dengan rahmat Allah. Terdapat keamanan dan ketenangan di mana-mana, disebabkan rahmat dan kurniaan Allah dan Allah membersihkan Pakistan dari keburukkan dan kekotoran.
Orang bukan Islam juga mula turut pergi dan tinggal di Pakistan. Kita memberikan hak yang sama rata untuk semua dan kita tidak mendiskriminasi sesiapa sahaja. Pakistan menjadi negara yang paling aman di dunia dan kita cemerlang dalam setiap bidang.

Orang ramai dari seluruh dunia berkata bahawa bukan sahaja sukar untuk menghalang Qasim tetapi mustahil kerana Allah sendiri yang membimbing dan melindungi beliau. Allah menolongnya dan menukar mimpinya menjadi kenyataan dan memberikannya kemenangan ke atas seluruh dunia.

Saya tidak dapat mengingati dengan tepat tetapi Muhammad ﷺ juga memberitahu saya untuk pergi ke Madinah selepas semua ini berlaku, samada selepas atau sebelum membuat kapal angkasa.
Tidak lama kemudian, kami lebih cemerlang mengalahkan barat dalam setiap bidang. Kami membuat sendiri kapal terbang, bangunan tinggi yang berteknologi dan kami juga membuat kapal angkasa dan kami menjadi merdeka dan cemerlang dalam setiap bidang dengan bantuan Allah.

Orang ramai dari seluruh dunia menjadi kagum serta tertanya-tanya bagaimanakah mereka mencapai semua ini dalam tempoh yang singkat, padahal mereka sangat lemah sebelum ini?Seandainya keadaan mereka (di Pakistan) terus seperti ini maka satu hari nanti orang Islam akan memerintah dunia. Ketika ramai umat bukan Islam melihat akan hal ini, maka mereka pun memohon maaf bahawa jika mereka tahu bahawa inilah Islam yang sebenar sebelum ini, maka sudah pasti mereka tidak akan pernah menentangnya.

Apabila saya melihat semua ini maka saya berkata seandainya Ayah saya masih hidup maka sudah pasti beliau akan melihat semua ini.Kemudian Allah memaklumkan kepada Muhammad bahawa Qasim telah membina Islam yang asli di Pakistan.

Selepas mengetahui semua ini Muhammadﷺ berasa sangat gembira dan memberitahu saya melalui mimpi agar datang ke Madinah dan berkata bahawa Baginda ﷺ mahu berjumpa dengan saya kerana saya telah membuatnya berasa gembira setelah melakukan semua itu.

Maka saya pun pergi ke Madinah untuk menemui Muhammad ﷺ .Kemudian Muhammadﷺ bersabda,“Bukankah Aku (Rasulullah) telah memberitahumu bahawa Allah akan membantu dalam setiap keadaan?”
Lalu saya (Qasim) menjawab,“Ya, Allah telah menjadikan mimpiku menjadi kenyataan dan memberikanku nikmat keberkatan yang tidak terkira.”
Maka Muhammad ﷺ memberitahu, “Wahai Qasim, pergilah ke Makkah untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas semua nikmat yang sangat banyak yang telah Allah berikan. Selepas itu engkau hendaklah membantu umatku dengan lengkap dengan memulihkan semula Agama Islam seperti sebelumnya di semua negara dan engkau akan menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa inilah Islam sebenar yang telah Aku (Rasulullah) sebarkan 1400 tahun yang lalu dengan bantuan Allah.”
Saya (Qasim) pun menjawab,“Dengan Izin Allah atas semua yang Engkau perintahkan.”

Saya pergi dari Madinah ke Makkah. Di Masjid Al-Haram sesetengah orang berkata kepada saya , ”Qasim sepertimana engkau membebaskan Pakistan dan rakyatnya dari kegelapan kepada cahaya dan memberikan sinaran ke atas rumah di Pakistan,maka bebaskanlah kami juga daripada kegelapan ini dan sinarilah rumah kami juga.”
Saya menjawab , “Bahawa saya hanya memiliki cahaya daripada Allah dan saya boleh menyinari dunia dengan Nur ini.” Jadi mereka berkata: “Ya sila lakukan ini untuk kami.”
Selepas itu banyak peperangan dahsyat tercetus yang saya fikir tidak sesuai untuk disebutkan lagi.

Allah membantu kami.Kami mendapat kemenangan dalam semua peperangan ini dengan bantuan daripada Allah dan semua bentuk keganasan dan penindasan telah dirobohkan.
Saya memulihkan kembali keadaan Islam sepertimana yang telah dibawa Muhammad ﷺ ke seluruh Negara Islam. Seluruh dunia terdapat satu hari raya dan Ramadan dan sekali lagi Islam tersebar di seluruh bumi dan Islam berdiri penuh dengan kemenangan dan semua orang menjadi sangat gembira.

Di seluruh dunia, taman-taman tumbuhan mula ditanam di merata tempat dan adanya taman yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Saya juga membuat taman di tempat di mana Nabi Isa Alaihi Salam akan turun supaya Isa Alaihi Salam tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila dia datang.

Seluruh dunia Islam mempunyai satu kad ID dan satu mata jenis wang dan umat Islam tidak memerlukan visa untuk pergi dari negara Islam ke negara lain.Terdapat kemajuan teknologi yang dapat mengelakkan kemalangan dan umat Islam dapat mengembara sepanjang masa dan menikmati rahmat dan berkat daripada Allah.

Selepas itu kami menghapuskan kemiskinan dan penindasan serta menyebarkan keamanan ke seluruh dunia. Kami juga melaksanakan keadilan di seluruh dunia dan semua ketenangan dan keamanan kekal seperti ini selama bertahun- tahun di seluruh bumi. Kemudian secara tiba-tiba Dajjal pun muncul.


**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

Post Reply