YAKJUJ dan MAKJUJ

Qasim's dreams in Malay Language
Post Reply
Has
Posts: 17
Joined: Mon Jan 01, 2018 9:54 am

YAKJUJ dan MAKJUJ

Post by Has » Sun Apr 15, 2018 10:22 am

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

As-salamualaikum

Saya telah melihat mimpi-mimpi tentang Yakjuj dan Makjuj dan sekarang saya akan berkongsi mimpi ini.

Yakjuj dan Makjuj adalah mahkluk yang mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih . Kedua-duanya adalah dari jenis yang sama dan hanya warna yang membezakan mereka. Yakjuj dan Makjuj adalah seperti sejenis gorilla yang besar . Apabila mereka keluar maka mereka tidak akan berhenti.

Mereka mempunyai sejenis kemarahan dalaman yang unik terhadap manusia kerana disebabkan manusia mereka telah terpenjara selama berabad-abad lamanya. Mereka ingin membalas dendam terhadap manusia.

Yakjuj dan Makjuj hidup di ruangan seperti dewan yang sangat besar di bumi dan jalan ke dewan itu adalah dari sebuah gua yang sangat besar. Sila lihat gambar ini. Ini hanyalah sebuah contoh. Ia ialah seperti sebuah gua yang sangat besar dan ia seakan sebuah laluan yang jauh menghubung ke dalam bumi. Jalan ini adalah lebih kecil berbanding dengan gua itu namun Yakjuj dan Makjuj dengan mudah boleh datang dan pergi dari laluan gua ini.

Bumbung dewan itu adalah sangat tinggi dan Yakjuj dan Makjuj tidak dapat memanjatnya. Pada bumbung itu pula terdapat lubang-lubang yang kecil di mana cahaya matahari dan udara dapat masuk.

Apabila Yakjuj dan Makjuj berada di dalam dewan itu maka mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam gua atau laluan perjalanan menuju ke gua itu. Ketika Yakjuj dan Makjuj keluar mereka akan menyebarkan kerosakan. Setelah itu, mereka akan kembali ke dalam dewan. Mereka tinggal di situ selama empat hingga enam bulan dan mereka tidak akan keluar .

Inilah masanya Zulqarnain membina tembok pada pintu permukaan gua itu. Zulqarnain pada mulanya membuat penghadang pada jalan masuk ke dalam gua itu dan apabila jalan itu tersekat maka Yakjuj dan Makjuj akan terperangkap. Kemudian Zulqarnain membina sebuah tembok logam yang kuat pada pintu gua itu dan ia mengambil masa enam tahun untuk membina tembok ini.

Dalam beberapa minggu sebelum Yakjuj dan Makjuj keluar , perang terburuk manusia telah berlaku dengan Dajjal dan hampir kesemua peluru telah habis digunakan. Justeru, apabila Yakjuj dan Makjuj keluar ,mereka tidak mempunyai senjata yang berat untuk menentang Yakjuj dan Makjuj. Di dalam mimpi itu, saya keluar bertarung dengan orang yang berkepala kuat dan sebelum pergi, saya menempatkan keluarga saya dan beberapa orang yang lain di dalam sebuah kereta api yang maju. Saya memberitahu mereka supaya menunggu saya di situ dan apabila saya kembali , kita akan meninggalkan tempat ini selama-lamanya dan pergi menyertai Isa a.s.

Setelah saya membunuh orang berkepala kuat itu dengan bantuan Allah, saya terdengar suara Nabi Muhammad ﷺ mengatakan ” Qasim, Yakjuj dan Makjuj telah keluar. Kembali ke rumahmu dengan cepat!”

Ketika saya sampai di sana segala-galanya masih berkeadaan baik. Saya memberitahu orang ramai, “Kamu semua tinggal dengan hati-hati . Yakjuj dan Makjuj telah keluar dan mereka boleh menyerang kereta api kita”. Saya menghidupkan kereta api dan berdiri di atas bumbung agar sekiranya Yakjuj dan Makjuj menyerang, saya akan membunuh mereka dengan Nur Allah.

Nur Allah muncul di jari saya dan dalam perjalanan empat atau lima ekor Yakjuj dan Makjuj berwarna putih menyerang kereta api kami. Saat itu saya melihat seolah-olah mereka turun dari langit . Mereka menyerang dengan jeritan yang menakutkan dan sangat pantas. Walau bagaimanapun apabila saya melemparkan Nur Allah ke atas mereka, mereka pun mati di udara.

Di dalam satu mimpi saya melihat bahawa Yakjuj dan Makjuj berlari dengan cepat dan mereka membuat lompatan kecil dan kemudian melakukan lompatan yang besar. Mereka melompat dengan sangat tinggi di udara dan kemudian mereka menyerang turun sehingga tidak ada yang dapat mempertahankan diri.

Cara terbaik untuk membunuh Yakjuj dan Makjuj yang saya faham adalah dengan membunuh mereka semasa mereka berada di udara kerana pergerakan mereka sangat cepat dan tubuh mereka sangat kuat. Mereka juga mempunyai kekuatan yang kuat di tangan dan kaki.

Di dalam perjalanan, saya melihat beberapa orang dan saya berhenti untuk mengambil mereka naik ke dalam kereta api . Manakala orang-orang yang bersama dengan saya memberitahu saya supaya tidak berhenti kerana ia berbahaya tetapi saya berkata bahawa mungkin saya akan dapat menyelamatkan beberapa orang lagi .Sejurus setelah saya memberhentikan kereta api, Yakjuj dan Makjuj berwarna hitam datang menyerang . Oleh kerana ia malam hari, saya tidak dapat melihat mereka dengan jelas tetapi saya berjaya membunuh mereka semua dengan Nur Allah. Seterusnya orang-orang yang bersama dengan saya diselamatkan dengan belas kasihan Allah dan tidak ada kemalangan berlaku ke atas kami . Tetapi orang-orang terbunuh semasa saya berhenti. Kemudian orang ramai berkata, “ Qasim kamu akan membuatkan kami terbunuh juga sementara menyelamatkan beberapa orang yang lain. Saya menjawab , “Anda betul, kita tidak perlu mengambil risiko itu”. Kemudian kami tidak berhenti di mana-mana dan dengan belas kasihan Allah kami menemui Isa a.s pada waktu fajar. Isa a.s baru sahaja turun ke bumi hanya beberapa saat sebelum kami sampai kepadanya. Setelah itu kita pun mula hidup dengan Isa a.s.

Saya tidak pernah melihat di dalam mimpi saya apakah makanan Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana mereka boleh hidup di dalam dewan itu dalam sekian banyak tahun, begitu juga berapa banyakkah mereka dan apa yang membunuh mereka semua. Namun saya telah melihat bahawa Yakjuj dan Makjuj telah memusnahkan seluruh dunia dan hanya sedikit manusia yang tertinggal.

Allah yang lebih mengetahui.

Saya meminta anda semua untuk berkongsi mimpi – mimpi ini dan melawat laman Facebook saya dan saluran YouTube untuk maklumat lebih lanjut .Terima kasih kerana menonton JazakAllahukhayron.

**********************************************************************************************************************************************************************************
Untuk mengetahui lebih lanjut
Sila layari
Laman Facebook
https://www.facebook.com/Allah-dan-Muha ... 373321376/
https://www.facebook.com/Muhammad-Qasim ... 244632035/
https://www.facebook.com/MuhammadQasimDreamsMalaysia/

Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCqV8w7 ... McVZwC9NiQ

Jazakumullahukhair

User avatar
Mansoor.Ali
Posts: 63
Joined: Sun Dec 31, 2017 7:02 pm

Re: YAKJUJ dan MAKJUJ

Post by Mansoor.Ali » Thu May 31, 2018 12:50 am

...Appreciate your efforts of translation and posting.
~«Just Need Your Prayers»~

Post Reply