Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan.
Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke dalam mimpinya ialah pada ketika beliau berumur 12 tahun dan semasa beliau berumur 17 tahun pula , mereka berterusan hadir ke dalam mimpinya.
Sejak itu Allah سبحانه و تعالى telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad ﷺ pula sekurang-kurangnya 300 kali.Qasim bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ adalah utusanNya.
Pada tahun 2007, Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ telah mengajarkan Qasim apa yang perlu dan apa yang tidak harus dilakukan.Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.
Qasim telah melihat banyak mimpi dimana Islam dan umatnya akan bangkit ke seluruh dunia.Kali pertama pada bulan April 2014, Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkan Qasim supaya menceritakan mimpinya kepada seluruh dunia dan Allah سبحانه و تعالى juga berkehendak agar semua orang mengenal siapakah beliau.Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan beliau. Selepas itu, beliau berhenti berkongsi mimpinya.Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad ﷺ muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda ﷺ berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”
Saksikan video yang menarik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jazakumullahukhair