Muhammad Qasim berkata dalam mimpinya pada 27 hb Ogos 2018, beliau melihat bahawa Imran Khan sedang berdialog dengan orang Amerika. Semasa perbualan itu,ada pertukaran kata-kata yang kasar lalu Imran Khan menjadi marah dan dia mula bercakap dengan nada yang berang dengan rakyat Amerika. Terdapat tindak balas yang sama dari orang Amerika juga. Kemudian percakapan menjadi lebih panas dan terdapat pertukaran ancaman dari kedua belah pihak.
Imran Khan memberitahu rakyat Amerika itu bahawa mereka bukannya hamba. Setelah itu beliau bangun dan mula berjalan dengan marah seperti yang telah Qasim lihat dalam mimpinya yang lain. Dengan nada yang kecewa, Imran Khanbertanya, adakah ada orang yang boleh membantunya menyelesaikan masalah itu?