Dalam mimpi pada 28hb September 2015 ini, Nabi Muhammad (SAW) dengan hiba memberitahu Qasim bahawa rumah yang Baginda (SAW) bina telah diambil oleh orang lain manakala orang-orang dalam rumahnya telah lari dalam beberapa kumpulan.Manakala pihak yang mengambil alih rumah Baginda (SAW) pula sedang merosakkannya dengan teruk.
Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan beberapa amanat kepada Qasim. Baginda (SAW)berkata kepadanya, “Anakku, bebaskanlah rumahku dengan bantuan Allah(SWT) daripada orang-orang itu dan bina rumahku sekali lagi. Pimpin umatku dan satukan mereka semua menjadi satu negara semula. Dengan itu, rumahku akan sekali lagi mendapat penghormatan dunia sepertimana sebelumnya. Jangan bimbang kerana Allah(SWT) ada bersama denganmu. Allah(SWT) akan membantumu dalam apa jua keadaan. Engkau adalah anakku dan adalah mustahil belas kasihan Allah(SWT) tidak mengenai anakku”.
Qasim memandang kedalam anak mata baginda Nabi (SAW) yang basah danberkata bahawa tidak kira bagaimana bahayanya tugas ini, beliau akan melaksanakannya dengan bantuan Allah (SWT). Selepas mendengar ucapan Qasim, mata baginda Nabi (SAW) pun dipenuhi dengan kegembiraan. Nabi Muhammad (SAW) mula berdoa agar Allah(SWT) membantu Qasim.