Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk

Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan.
Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke dalam mimpinya ialah pada ketika beliau berumur 12 tahun dan semasa beliau berumur 17 tahun pula , mereka berterusan hadir ke dalam mimpinya.

Sejak itu Allah سبحانه و تعالى telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad ﷺ pula sekurang-kurangnya 300 kali.Qasim bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ adalah utusanNya.

Pada tahun 2007, Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ telah mengajarkan Qasim apa yang perlu dan apa yang tidak harus dilakukan.Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.

Qasim telah melihat banyak mimpi dimana Islam dan umatnya akan bangkit ke seluruh dunia.Kali pertama pada bulan April 2014, Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkan Qasim supaya menceritakan mimpinya kepada seluruh dunia dan Allah سبحانه و تعالى juga berkehendak agar semua orang mengenal siapakah beliau.Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan beliau. Selepas itu, beliau berhenti berkongsi mimpinya.Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad ﷺ muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda ﷺ berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”

Saksikan video yang menarik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jazakumullahukhair

You may also like

Rumah Yang Besar dan Berakhirnya Kejahatan
Pada 07 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Beliau mendapati dirinya berada di dalam sebuah rumah yang besar. Dia menemui orang yang terlibat dengan pelbagai jenis kejahatan di sana dan terdapat kegelapan di merata tempat. Oleh [...]
Rahmat Allah ke atas Tanah yg Tandus
Pada 10 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat dalam mimpi bahawa dia sedang menuju ke sebuah kawasan tanah yang besar dan tandus. Beberapa orang bertanya akan arah tujuannya dan turut mengikuti beliau untuk melihat tanah tersebut. Qasim [...]
Kemurkaan Allah dan Pesanan yang Mengerikan
Pada 28 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat dalam sebuah mimpi bahawa Allah (SWT) sedang menerangkan sesuatu kepada umat Islam tetapi mereka tidak memberikan perhatian.Allah (SWT) menjadi murka dan berkata kepada beliau, "Qasim, tuliskan [...]
Jangan Ketinggalan Menyaksikan Live Session Kami
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung kami dalam bahasa Inggeris dan Urduyang akan mengupas persoalan penting tentang ummah akhir zaman. Sesi siaran langsung Bahasa Inggeris : saluran youtube Muhammad Qasim Sesi siaran langsung [...]
Saksikan Live Session Kami Setiap Hari |Geopolitik Pakistan dan Tanda Akhir Zaman
Saksikan siaran langsung kami setiap hari berkenaan geopolitik Pakistan dan tanda akhir zaman.
Pemerintah Pakistan, Hal Kesyirikan dan Pemimpin Tentera
Tanggal 16 Januari 2019,Muhammad Qasim melihat dalam mimpi ini bahawa sepanjang masa ramai pemimpin telah memerintah Pakistan tetapi keadaan di Pakistan tidak berubah. Kemudian Imran Khan muncul dan ramai orang berharap bahawa semuanya akan [...]
Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim
Terjemahan Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim pada 02 Januari 2019 akhbar Daily Ausaf , Pakistan. Muhammad Qasim ialah merupakan seseorang yang tidak mempunyai keinginan duniawi. Beliau melihat mimpi yang benar sejak dari zaman [...]
Perdebatan Imran Khan dengan Rakyat Amerika
Muhammad Qasim berkata dalam mimpinya pada 27 hb Ogos 2018, beliau melihat bahawa Imran Khan sedang berdialog dengan orang Amerika. Semasa perbualan itu,ada pertukaran kata-kata yang kasar lalu Imran Khan menjadi marah dan dia mula bercakap [...]
Pesanan Segera kepada PM Imran Khan, parti PTI dan Umat Islam oleh Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim
Sebuah video yang memuatkan pesanan khusus akan kepentinganmenghindarisyirik kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan juga umat Islam oleh Muhammad Qasim Ibni Abdul Karim. "Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman [...]
Kegagalan Imran Khan
Pada tarikh 27 Ogos 2018, Muhammad Qasim melihat dalam mimpi ini bahawa Perdana Menteri, Imran Khan cuba melakukan pembaharuan di institusi yang berbeza.Parti pembangkang menegaskan bahawa tidak ada pembaharuan yang dilakukan dan semuanya masih [...]

Page 1 of 7

Leave a Reply