Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk

Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan.
Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke dalam mimpinya ialah pada ketika beliau berumur 12 tahun dan semasa beliau berumur 17 tahun pula , mereka berterusan hadir ke dalam mimpinya.

Sejak itu Allah سبحانه و تعالى telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad ﷺ pula sekurang-kurangnya 300 kali.Qasim bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ adalah utusanNya.

Pada tahun 2007, Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ telah mengajarkan Qasim apa yang perlu dan apa yang tidak harus dilakukan.Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.

Qasim telah melihat banyak mimpi dimana Islam dan umatnya akan bangkit ke seluruh dunia.Kali pertama pada bulan April 2014, Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkan Qasim supaya menceritakan mimpinya kepada seluruh dunia dan Allah سبحانه و تعالى juga berkehendak agar semua orang mengenal siapakah beliau.Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan beliau. Selepas itu, beliau berhenti berkongsi mimpinya.Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad ﷺ muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda ﷺ berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”

Saksikan video yang menarik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jazakumullahukhair

You may also like

Imran Khan dan Tanah yang Tenggelam
25hb Ogos 2018. Muhammad Qasim mengatakan bahawa dalam mimpi ini beliau berada di sebuah kawasan yang besar. Terdapat orang lain di sekitar tempat itu dan mereka seolah-olah sedang meronda kawasan tersebut. Tanah ini sangat luas dan kelihatan [...]
Pesanan untuk Ulama dan Ummah oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim
Wahai ulama dan ummah, bertabayyunlah dalam meneliti mimpi Muhammad Qasim ibni Abdul Karim. Sebahagian orang berkata:" Mimpi Muhammad Qasim itu ramalan, dan mempercayai ramalan itu adalah syirik". Ketahuilah Mimpi Muhammad Qasim itu nubuat bukan [...]
Jangan Abaikan Mimpi Muhammad Qasim !
Wahai umat Islam! Mari mengenali mimpi Muhammad Qasim dan bertabayyunlah dalam meneliti kebenaran yang disampaikannya. Mimpi Muhammad Qasim adalah tidak bercanggah dengan ajaran Quran dan Sunnah.
Kita Di Ambang Akhir Zaman || WW3, Panji-panji Hitam & Ghazwatul Hind
Penjelasan tentang panji-panji hitam.Apakah panji-panji hitam itu ? Panji-panji hitam di akhir zaman adalah jet tempur hitam yang kuat dan bukannya bendera. Ia adalah sebuah alat pengenal berwarna hitam KEBANGGAAN SUATU BADAN MILITER NEGERI, [...]
Trailer Filem : Pesanan kepada Umat Islam oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim
Sebuah trailer Filem Allah dan Muhammad ﷺ dalam mimpi-mimpi saya,pesanan kepada ulama dan umat Islam oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim
Asal Usul Judul 'Allah And Muhammad ﷺ in My Dreams'
Asal usul slogan "Allah And Muhammad ﷺ in My Dreams" atau "Allah dan Muhammad ﷺ dalam Mimpi Saya" adalah sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam mimpi Qasim dalam judul emelnya kepada para ulama dan pemimpin Islam.
Perancangan US & India ke atas Pakistan
21hb Disember 2017.Dalam mimpi ini, Qasim mendapat berita bahawa Amerika Syarikat akan membuat pengumuman yang besar yang mungkin ada kaitannya dengan Palestin.Beliau lalu menaiki sebuah pesawat dan mula menyiasat. Presiden Amerika Syarikat [...]
GEMPAR!!! Bagaimana Umat Islam Keluar dari Kegelapan dan Merebut Kembali Statusnya Yg Hilang?
Bagaimanakah Umat Islam dapat keluar dari kegelapan dan mendapatkan semula statusnya yang hilang? Setiap muslim tertanya-tanya bagaimanakah kita boleh mencapai kejayaan di peringkat individu dan negara dan apakah kunci kepada kejayaan itu? [...]
Pesanan Nabi Muhammad ﷺ
Dalam mimpi pada April 2015 ini Rasulullah SAW berkata; "Tidak ada yang mendengarkan saya!Sekiranya Islam saya tetap dalam keadaan yang sama, maka saya khawatir yang ianya akan binasa.Semua orang sibuk dengan pekerjaan mereka sendiri dan tidak [...]
Perjuangan Muhammad Qasim dan Rasulullah ﷺ Melawan Kuasa Jahat
Tanggal 14hb Ogos 2015, Qasim melihat sebuah mimpi bahawa kita hidup di tempat yang kecil dan penuh dengan kegelapan. Bangunan Islam yang utama kita telah dikuasai oleh tentera-tentera anti-Islam. Susulan itu, Allah(SWT) ((menghantar Nabi [...]

Page 2 of 7

Leave a Reply