Divine Dreams – Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Kemurkaan Allah dan Pesanan yang Mengerikan

Pada 28 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat dalam sebuah mimpi bahawa Allah (SWT) sedang menerangkan sesuatu kepada umat Islam tetapi mereka tidak memberikan perhatian.Allah (SWT) menjadi murka dan berkata kepada beliau, “Qasim, tuliskan pesananKU dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak memerhatikan bahawa AKU akan mendatangkan murka ke atas mereka”.

Allah (SWT) bercakap dengan nada yang marah dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menulis mesejNYA. Allah (SWT) memulakan bicara dan berkata ” LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH” yang bermaksud “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah”.Selepas itu Allah (SWT) menceritakan sesuatu, namun Qasim tidak dapat mengingatinya. Allah (SWT) murka dan DIA berbicara dengan suara yang marah tetapi kemarahan ini bukan terhadap Qasim, dan Qasim terus menulis mesejNYA.

Kemarahan dan kejengkelan Allah (SWT) kekal dan berterusan. Selepas itu, Qasim memberitahu orang-orang yang bersama dengannya supaya menuliskan pesanan yang masih berbaki. Setelah Allah (SWT) selesai menyampaikan pesanan, salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa pesanan yang Allah (SWT) telah sampaikan adalah sangat merbahaya dan menakutkan. India juga akan menakluki sebahagian dari Pakistan. Qasim mengakuinya dan berkata bahawa apabila bantuan Allah (SWT) telah tiba kita akan kembali mendapatkan kawasan itu. Begitu juga akan datang, gempa bumi akan berlaku dan keadaan akan bertambah buruk selepas itu.

Kemudian terjadi gempa bumi yang sangat rendah dan kita tidak menyedari bahawa ia adalah gempa bumi yang sama seperti yang dijangka. Berita melaporkan bahawa rumah orang-orang yang mengawal dua wilayah besar telah musnah dan setelah gempa bumi itu (terjadi) mereka juga meninggal dunia. Keadaan (menjadi) semakin buruk selepas itu dan tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku serta bagaimana untuk mengawal kekacauan itu. Huru-hara merebak di mana-mana dan ia berlaku sepertimana yang telah diceritakan oleh Allah (SWT) dan juga terdapat kegelapan di merata tempat.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]
1567

Page 7 of 7

Leave a Reply

en_US