Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Kemurkaan Allah terhadap Kaum Melampaui Batas

Qasim berkata bahawa dia melihat mimpi ini pada 05hb Oktober 2017. Beliau menceritakan bahawa dia berada di suatu tempat yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Beliau berasa bahawa seolah-olah ALLAH(SWT) berada di atas kita, lebih dekat berbanding awan dan ALLAH(SWT) sedang dalam keadaan murka yang teramat sangat, dengan suara yang kuat dan menakutkan.

ALLAH(SWT) sedang berkata tentang sesuatu seperti ayat-ayat yang berkaitan hukuman dalam Al-Quran. Qasim berasa bahawa ALLAH(SWT) telah memerintahkan sesuatu kepada orang-orang ini untuk melakukan sesuatu, namun sama ada mereka tidak mematuhi perintah-perintah tersebut atau tidak mengendahkannya.�ALLAH(SWT) berkata, “AKU akan menghantar hukuman yang sama kepada kamu, sepertimana AKU telah menghantar kepada orang-orang sebelum ini yang tidak mematuhi perintahKU!”. ALLAH(SWT) menyebutkan hukuman tentang kaum Nabi Lut A.S dan berkata lagi, “Adakah kamu lupa tentang hukumanKU ini!!?”

Qasim melihat orang ramai berlari ke sana-sini dengan ketakutan dan mencuba untuk menyembunyikan diri mereka. Namun, dimana sahaja mereka bersembunyi, ALLAH(SWT) berkata, “AKU mengetahui dimana jua kamu bersembunyi, dan tiada sesiapa dapat bersembunyi dariKU!.”�Kemudian, mereka mula melarikan diri pada arah yang berbeza, namun ALLAH(SWT) tetap berkata yang sama seperti tadi.

Setelah melihat keadaan ini, Qasim juga mula berlari untuk menyembunyikan dirinya kerana hal ini adalah tidak baik. Apabila ALLAH (SWT) menjadi marah, maka tiada sesiapapun mampu menahanNya. Qasim menunggu dalam keadaan penuh bimbang bahawa bilakah kemarahan ALLAH(SWT) itu akan berakhir?

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply