10hb Februari 2014.Mimpi ini menceritakan Qasim melihat dirinya melengkapkan perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.Beliau berjaya menempuhi halangan-halangan sehinggalah beliau sampai ke sebuah kota yang sangat menakjubkan. Kota itu sangat indah dan maju serta ia direka dengan begitu bijak.Kota itu mempunyai seni bina yang tidak pernah terlihat oleh Qasim sebelumnya.Kota itu juga mempunyai bangunan-bangunan,rumah-rumah yang cantik dan jalan-jalan yang luar biasa.Kota ini dihiasi dengan warna-warna yang menakjubkan bahkan bangunannya pula sangat bersih.Tiada kata-kata yang dapat menjelaskan kecantikan kota itu.Ianya tidak terbayang difikiran seolah-olah ia seperti sebuah kota yang ajaib.
Qasim tertanya-tanya siapakah yang membina kota yang mengkagumkan itu ? Lalu Allah (SWT) memberitahu Qasim bahawa kota itu akan dibangun oleh beliau dan orang-orang yang bersama dengan beliau dengan RahmatNYA dan BantuanNYA.