Pada 20hb September 2015, Qasim melihat mimpi dimana kegelapan tersebar di merata tempat.Kita mempunyai segala tetapi tiada bekalan elektrik untuk menyalakan mentol (lampu) dan tiub. Kemudian Allah (SWT) memberikan elektrik kepada Qasim dengan rahmatNya. Lalu Qasim pergi berjumpa dengan ulama, mufti dan pemimpin dan memberitahu mereka bahawa dia mempunyai tenaga elektrik dan beliau dapat menyalakan rumah orang ramai dengannya. Namun mereka tidak mempercayai Qasim bahawa dia benar-benar mempunyai sumber yang mereka cari, dan Qasim hanyalah berbohong.
Kemudian Allah (SWT) membantu Qasim dan umat Islam biasa mula percaya kepada kata-katanya dan lantas berita ini tersebar ke seluruh dunia. Setelah itu, semua orang mempercayai Qasim dan mereka meminta beliau untuk menyalakan segala-galanya dengan elektrik yang Allah (SWT) telah kurniakan padanya.Selepas itu Qasim menyebarkan cahaya ke seluruh dunia dengan Rahmat Allah (SWT) .Lalu para ulama menjadi menyesal dan berkata bahawa mereka sepatutnya percaya kepada Qasim.