Pada 22hb Ogos 2015 Qasim melihat sebuah mimpi dimana terdapat huru-hara dan kekacauan di merata tempat sedangkan semua umat Islam sibuk dengan diri mereka sendiri.Kemudian Qasim sampai di sebuah tempat dimana pasukan jahat sedang merancang sebuah pelan.Mereka mengatakanbahawa umat Islam sedang leka dengan diri sendiri jadi mereka tidak akan dapat menyelamatkan diri mereka. Oleh itu, mereka akan memusnahkan seluruhumat Islam dan menjadikan ini seolah-olah untuk keamanan dunia.
Selepas itu pasukan jahat mula membina satu demi satu mesin-mesin yang berkuasa. Qasim berfikir bagaimana mungkin kita akan dapat bertarung dengan mesin-mesin yang hebat dan merbahaya ini? Mesin-mesin tersebut terbang tinggi di langit dan ia mula menembak antara satu sama yang lain sementara kita umat Islam terperangkap di tengah-tengahnya.Di sisi yang lain, terdapat sebuah dewan besar yang menghalang seluruh dunia daripada melihat apa yang sebenarnya telah berlaku. Mereka menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya mesin-mesin mereka dan bagaimana dua kumpulan yang berbeza bertempur antara satu sama yang lain. Namun pada hakikatnya, mereka adalah satu kumpulan yang sama, yang memusnahkan umat Islam dan tempat tinggal mereka.
Kuasa-kuasa jahat itu memberitahu dunia bahawa sekumpulan umat Islam mempunyai mesin yang hebat dan mereka harus memusnahkan kumpulan itu. Jika tidak, kumpulan itu akan memusnahkan keamanan dunia. Namun ini semua adalah pembohongan yang dahsyat dan kesemua mesin-mesin itu adalah milik mereka. Ianya hanya sebuah alasan untuk membunuh umat Islam beramai-ramai dan berlagak seolah-olah mereka di pihak yang benar.
Kemudian Nur Allah muncul pada jari telunjuk tangan kanan Qasim tetapi ia tidak cukup untuk memusnahkan mesin-mesin tersebut.LantasQasim memohon kepada Allah (SWT) supaya melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat Islam.Susulan itu, Allah (SWT)meningkatkan NurNya begitu banyak sehingga Qasim yakin bahawa ia akan dapat menghancurkan mesin-mesin tersebut.Qasim kemudian melemparkan Nur Allah ke arah mesin-mesin itu dan dengan penuh keajaiban, mesin–mesin itulangsung tidak dapat bertahan lantas mereka mencair sepenuhnya.Setelah itu,Qasimpun pulang dan semua umat Islam pun menjadi sangat gembira. Mereka berkata bahawa sesungguhnya Allah (SWT) telah menyelamat dan melindungi kita. Qasim memberitahu mereka bahawa Allah (SWT)ada bersama dengan kita dan janganlah kita berasa cemas lagi.