Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Pemerintah Pakistan, Hal Kesyirikan dan Pemimpin Tentera

Tanggal 16 Januari 2019,Muhammad Qasim melihat dalam mimpi ini bahawa sepanjang masa ramai pemimpin telah memerintah Pakistan tetapi keadaan di Pakistan tidak berubah. Kemudian Imran Khan muncul dan ramai orang berharap bahawa semuanya akan dapat dipulihkan. Malangnya tiada apa-apa perubahan yang berlaku dan segala-galanya tetap sama seperti sebelum ini.

Kemudian Qasim pergi ke sebuah bilik atau rumah kecil dan berkata bahawa setakat ini ramai pemimpin telah memerintah Pakistan dan jika kita melihat sejarah ,setiap kali ada harapan bahawa negara akan membangun. Namun (pada akhirnya), tiada apa yang berlaku, malah keadaan negara semakin memburuk daripada sebelumnya. Qasim memberitahu lagi bahawa hanya ada satu sebab untuk semua kegagalan dan gangguan ini. Alasannya adalah selagi kita tidak menghapuskan kesyirikan dan segala bentuknya dari negara Pakistan, maka kemakmuran tidak akan muncul dan bantuan Allah (SWT) juga tidak akan tiba.

Qasim mendapati bahawa beberapa pegawai tentera juga berdiri dari kejauhan dan mereka juga turut mendengar ucapannya. Beliau menjelaskan lagi bahawa di bandar-bandar, jalanraya dan persimpangan jalan yang berbeza, terdapat monumen dan patung-patung didirikan atas nama seni dan budaya. Terdapat juga papan iklan besar yang mempunyai gambar yang tidak perlu, begitu juga patung-patung dan arca di taman-taman dan semua jenis gambar yang dipamirkan di bandar. Semua ini adalah tidak diperlukan dan merupakan suatu bentuk kesyirikan.

Nabi Muhammad (SAW) juga menghancurkan berhala dan patung-patung seperti itu untuk menghilangkan kesyirikan. Apabila kita menghapuskan semua bentuk kesyirikan ini, maka bantuan Allah (SWT) akan tiba. Kemudian bukan sahaja Pakistan akan memenangi perang Ghazwah-e-Hind tetapi ia juga akan mengalahkan kuasa seperti Amerika Syarikat dan Rusia pada Perang Dunia Ketiga (WW3) nanti. Pakistanakan muncul menjadi satu-satunya kuasa besar.

Silakan tonton video ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang kepentingan menjauhi kesyirikan.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply