21hb Disember 2017.Dalam mimpi ini, Qasim mendapat berita bahawa Amerika Syarikat akan membuat pengumuman yang besar yang mungkin ada kaitannya dengan Palestin.Beliau lalu menaiki sebuah pesawat dan mula menyiasat.
Presiden Amerika Syarikat berkata, “Hai India.” Qasim tertanya mengapa beliau berkata demikian? Kemudian Presiden AS menunjukkan kepada semua orang sehelai kertas yang menyebabkan dirinya terkejut.Terdapat sebuah peta Pakistan dan India dengan warna yang sama dan tiada sempadan diantara keduanya !? Presiden AS itu kemudiannya menandatangani kertas tersebut dan mula ketawa dengan kuat. Kemudian, beliau menunjukkan kertas tersebut kepada semua orang dan menyambung lagi ketawa.Kini, India akan mengawal Pakistan.
Qasim sungguh terkejut terhadap apa yang dirancang oleh mereka.Rupanya perkataan itu adalah “Hail India” dan bukannya “Hai India”. Qasim lalu kembali ke Pakistan dan memberitahu orang ramai supaya bangun dan menyelamatkan negara itu kerana pihak musuh telah membuat perancangan terhadap Pakistan sepertimana yang mereka lakukan terhadap Palestin.
Namun pemerintah dan rakyat Pakistan tidakmempercayai kata-kata Qasim dan mengatakan bahawa mereka masih mampu mempertahankan negara sepertimana kejayaan mereka sebelum ini. Qasim berfikir bahawa mereka semua sedang tertidur. Bagaimanakah cara untuk menghentikan perancangan musuh itu?