Tanggal 14hb Ogos 2015, Qasim melihat sebuah mimpi bahawa kita hidup di tempat yang kecil dan penuh dengan kegelapan. Bangunan Islam yang utama kita telah dikuasai oleh tentera-tentera anti-Islam. Susulan itu, Allah(SWT) ((menghantar Nabi Muhammad (SAW) kepada kita dengan rahmatNya.
Nabi Muhammad (SAW) memerintahkan Qasim supaya memberitahu semua pemimpin Islam tentang kedatangannya kepada kita sekali lagi untuk membebaskan bangunan Islamnya dari tentera anti-Islam dan selepas itu, kita juga akan membina Islam bersama.Lalu Qasim pun bertindak mengikut perintah Baginda (SAW).Namun pemimpin Islam tidak mempercayai kata-kata beliau.Mereka berkata supaya Qasim tidak membazirkan waktu mereka kerana mereka tahu membezakan perkara yang baik dan salah serta apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan Islam.
Kemudian Qasim memutuskan untuk pulang dan dalam perjalanan dia menemui kuda-kuda hitam yang kuat. Dia membawanya pulang bersama. Beliau menceritakan kisah yang lengkap kepada Nabi Muhammad (SAW) dan memberitahu bahawa dia akan pergi bersendirian untuk membebaskan bangunan Islam Baginda(SAW).Lalu Nabi Muhammad (SAW) pun berkata bahawa Baginda (SAW) juga akan turut serta dan meminta yang lain supaya menunggu mereka di situ.
Kemudian kita pun berangkat ke tempat bangunan utama kita dan bertempur dengan pasukan anti Islam yang menguasai tempat itu.Nur Allah muncul di jari telunjuk kanan Qasim dan beliau mula melawan pasukan-pasukan itu dengannya. Setelah itu, semua pasukan jahat dan munafik menjadi hancur dan hanya yang mahukan damai terselamat.Akhirnya,kita berjaya mendapatkan semula bangunan Islam itu sekali lagi tetapi ianya telah rosak dengan teruk. Lalu Nabi Muhammad (SAW) memerintahkan umat Islam supaya pergi ke sana dan mengambil peranan bersama Qasim untuk membantu membina Islamnya semula.