Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Rahmat Allah ke atas Tanah yg Tandus

Pada 10 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat dalam mimpi bahawa dia sedang menuju ke sebuah kawasan tanah yang besar dan tandus. Beberapa orang bertanya akan arah tujuannya dan
turut mengikuti beliau untuk melihat tanah tersebut. Qasim memberitahu mereka bahawa suatu hari dengan rahmat Allah (SWT) , tanah itu akan menghasilkan biji-bijian dan buah-buahan. Beberapa orang di antara orangitu percaya kepadanya.

Qasim menunggu beberapa ketika di sana tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan tanah itu tetap sahaja tandus. Dengan nada yang kecewa Qasim berkata bahawa tanah itu tidak akan menghasilkan apa-apa lalu memalingkan wajahnya. Setelah itu, Allah (SWT) berkata dari langit, “Apabila AKU berniat melakukan sesuatu maka itu pasti terjadi”.

Kemudian awan muncul di langit dan sesuatu berlaku lalu hujan pun turun. Dengan rahmat Allah (SWT) tumbuh-tumbuhan kecil pun tumbuh di tanah yang tandus itu sama seperti dengan tanaman segar yang tumbuh dari bumi. Setelah itu, sebuah gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan lebih besar. Semasa hal ini berlaku, orang ramai yang berdiri di sana juga menonton kejadian ini di hadapan mata mereka.Selepas itu, lebih banyak gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tumbuh makin membesar. Setelah kira-kira empat(4) hingga lima(5) gelombang,pokok-pokok itu menjadi agak besar dan terdapat biji-bijian dan buah-buahan di atasnya. Semasa kejadian ini berlaku, beberapa orang yang menonton semua ini juga percaya bahawa apa yang dituturkan oleh Qasim akan menjadi kenyataan dengan bantuan Allah (SWT).

Akhirnya, tanaman itu berdiri tinggi di atas tanah dan sudah siap mengeluarkan buah-buahan. Orang ramai menjadi sangat terkejut bahawa ia benar-benar berlaku seperti apa yang dikatakan Qasim, dimana tanah yang gersang itu telah mula menghasilkan bijirin dan buah-buahan. Di antara orang ramai itu,ada juga yang pada awalnya percaya kepada Qasimnamun kemudian mereka berubah fikiran. Walaubagaimanapun mereka juga turut berlari untuk memetik buah-buahan itu sambil berasa sangat menyesal.

You may also like

Pangkat Kerohanian Para Rasul & Muslim
Pada tahun 2009, Muhammad Qasim melihat mimpibahawaada cahaya yang terang memasuki tingkap rumahnya secara tiba-tiba.Lantas, Qasim berlari keluar dengan penuh rasa ingin tahu dan apa yang beliau lihat adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan [...]
Seseorang yang Membantu Muhammad ﷺ
Pada 25hb Februari Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi. Dalam mimpi ini Rasulullah (SAW) keluar dari rumahnya setelah mengambil wudu’ untuk solat asar.Nabi(SAW)sudah uzur dan memerlukan tongkat untuk berjalan.Baginda(SAW)menyeru kepada seseorang [...]
Musibah Besar Orang Islam & Cahaya Allah
Pada 22hb Ogos 2015 Qasim melihat sebuah mimpi dimana terdapat huru-hara dan kekacauan di merata tempat sedangkan semua umat Islam sibuk dengan diri mereka sendiri.Kemudian Qasim sampai di sebuah tempat dimana pasukan jahat sedang merancang [...]
Tugas Sukar Muhammad Qasim
Pada bulan Disember 2016 Muhammad Qasim mendapat sebuah mimpi.Ia adalah hari terakhir sehingga Kiamat dan Qasim perlu memanjat sebuah bangunan.Beliau tidak mempunyai kelengkapan untuk sampai ke puncak bangunan itu sementara orang ramai pula [...]
Berhenti Menggelarku Mahdi
Qasim tidak pernah mengaku dirinya sebagai Mahdi dan tidak ingin memakai gelaran Mahdi. Dia hanya menyampaikan mimpi-mimpinya kerana perintah Allah (SWT) dan RasulNya untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan.
Sistem Dajjal dan Jalan Keluar
Pada 19hb Februari 2016 Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Dalam mimpi ini kita berada di dalam sebuah bangunan yang sangat besar dan orang-orang yang mengendalikan bangunan ini mencipta sistem yang menghalang sesiapa sahaja daripada melarikan [...]
Muhammad Qasim dan Ulama
Pada 20hb September 2015, Qasim melihat mimpi dimana kegelapan tersebar di merata tempat.Kita mempunyai segala tetapi tiada bekalan elektrik untuk menyalakan mentol (lampu) dan tiub. Kemudian Allah (SWT) memberikan elektrik kepada Qasim dengan [...]
Dari Kegelapan kepada Cahaya
Pada bulan Mac 2015 Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Dalam mimpi ini beliau berada di rumah lamanyayang tidak mempunyai lampu dan semua kelengkapannya telah rosak.Qasim berkata mungkin sudah tertulis dalam nasibnya bahawa dia akan hidup dalam [...]
Kematian Nawaz Sharif & Kesan Terhadap Pakistan
Dalam mimpi pada 4hb Mei 2018, Muhammad Qasim melihat bahawa bekas Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Nawaz Sharif telah dibatalkan kelayakan. Beliau dan anak perempuannya lalu memprotes dan kemudian kegiatan politik mereka juga terbatas. [...]
Pertemuan dengan Ketua Angkatan Tentera
Pada tanggal 26hb Mei 2018, Qasim melihat bahawa dia sedang memikirkan apakah makanan dari tentera Pakistan yang boleh dicemari oleh pihak musuh lalu ia boleh membahayakan pihak tentera? Kemudian Qasim terdengar satu suara memberitahu bahawa ia [...]

Page 3 of 7

Leave a Reply