Dalam video ini Muhammad Qasim menjelaskan sendiri bahawa dia bukan Imam Mahdi dan beliau tiada kaitan dengan Iman Mahdi. Beliau menyampaikan mimpi-mimpinya kerana mematuhi perintah Allah (SWT) dan RasulNya dan bukan kerana mahu digelar Imam Mahdi. Beliau juga menegaskan bahawa pertolongan Allah (SWT) adalah untuk semua orang dan bukan hanya untuk Imam Mahdi. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa sahaja yang dapat mengubah mimpi-mimpinya menjadi kenyataan.