Pada 25hb Februari Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi. Dalam mimpi ini Rasulullah (SAW) keluar dari rumahnya setelah mengambil wudu’ untuk solat asar.Nabi(SAW)sudah uzur dan memerlukan tongkat untuk berjalan.Baginda(SAW)menyeru kepada seseorang yang dapat membawa Baginda (SAW) ke masjid. Namun, tiada siapa yang menyahut dan semua orang terperangkap dengan pekerjaan mereka sendiri.
Qasim baru sahaja menyelesaikan pekerjaannya dan bersetuju untuk membawa Rasulullah(SAW) untuk solat di masjid. Baginda(SAW)berkata, “Qasim, anda datang kepada saya apabila solat telah selesai . Jadi,apa gunanya sekarang? Tidak ada seorang pun yang mendengarkan saya atau membawa saya ke masjid”.Qasim lalu menjawab “Jangan bimbang. Terdapat sebuah masjid yang besar jauh di hadapan dimana solat juga belum bermula. Jadi bagaimana saya membawa anda ke sana?”
Dengan bantuan Allah (SWT), Qasim berjaya membawa Nabi Muhammad (SAW) bersolat di masjid itu. Nabi Muhammad(SAW)menjadi sangat gembira apabila melihat sebuah masjid yang besar di hadapannya. Bahkan dia bercakap tentang Qasim dengan berkata bahawa inilahanaknya yang telah membawa Baginda ke masjid dengan pertolongan Allah (SWT).