13hb Mei 2018. Mimpi ini bermula dengan keadaan huru-hara di Pakistan yang mencetuskan ketakutan dikalangan rakyat. Sumber ekonomi dan dana negara juga sudah kehabisan, manakala Angkatan Tentera sudah lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat berjuang lagi. Terdapat juga spekulasi mengatakan sama ada negara Pakistan boleh bertahan atau tidak untuk menghadapi semua cabaran ini.
India mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan itu dengan melancarkan serangan ke atas Pakistan dan membunuh ramai orang di pelbagai tempat. Jumlah tentera Pakistan adalah sedikit dan mereka terpaksa bergerak di sepanjang sempadan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mempertahankan keselamatan di perbatasan dengan cekap.
Qasim menyatakan bahawa beliau tidak dapat berbuat apa- apa tanpa bantuan dan rahmat dari Allah (SWT). Kemudian beliau pun menyeru nama Allah (SWT) dan berkata di dalam hati bahawa mereka belum pernah melihat tentera Allah (SWT). Setelah itu Qasim memanggil mereka keluar dan begitu banyak jet-jet pejuang, mesin-mesin dan kereta-kereta kebal perang tiba- tiba muncul dari perut bumi. India menjadi sangat terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa setelah melihat senjata-senjata ini. Kemudian Qasim pun menyatakan bahawa dengan pertolongan Allah (SWT), kita akan mengakhiri segala macam kejahatan dan tiada lagi yang akan menghalangi kita.