Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Virus pada Makanan Tentera Pakistan

20hb March 2017.Dalam mimpi ini, Qasim melihat sebuah kawasan di sempadan Pakistan yang kelihatan seperti sempadan Afghanistan dan pihak musuh menyeludup masuk pengganas ke Pakistan melalui tempat itu.Tentera Pakistan berjaya mengawal pengganas-pengganas ini dan menewaskan mereka. Pihak musuh berasa amat marah melihat Tentera Pakistan sentiasa berjaya menghadapi serangan mereka. Kemudian pihak musuh menghantar pengganas terlatih mereka ke Pakistan dengan membekali mereka alat penglihatan malam dan senjata moden. Tetapi sebaik sahaja mereka memasuki wilayah Pakistan, pihak Tentera Pakistan berjaya mengesan pergerakan mereka melalui sistem pengesanan dan mengalahkan setiap pengganas yang ada.

Melihatkan keadaan ini, pihak musuh menjadi sangat kecewa dan marah kerana tidak ada rancangan mereka yang berjaya. Kemudian mereka membuat perancangan untuk melakukan serangan dari dalam untuk melemahkan keadaan dalaman Pakistan dan seterusnya melancarkan serangan dari sempadan. Mereka mencampurkan sejenis virus atau bahan kimia ke dalam makanan Tentera Pakistan yang mengakibatkan pihak Tentera menjadi lumpuh dan tidak dapat bergerak setelah makan makanan tersebut. Kemudian pihak musuh berkata bahawa sekarang mereka akan menyerang Pakistan, iaitu India menyerang Pakistan di sempadan timur manakala Afghanistan melakukan serangan dari sempadan barat.

Saksikan video ini untuk kisah selanjutnya.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply