Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Sekolah yang Menakjubkan

Muhammad Qasim melihat mimpi ini sekitar tahun 2004. Dia melihat bahawa dia berada di sebuah rumah dan Nabi Muhammad (SAW) datang kepadanya dan memberitahunya bahawa dia telah mendapat kemasukan ke sebuah sekolah yang baik. Qasim lalu gembira dan mematuhi perintah Nabi (SAW) untuk membaca dan menulis. Lalu, dia mengumpulkan beberapa buku dan bersiap sedia dengan beberapa pakaian yang biasa dan bertolak ke sekolah itu mengikut alamat yang diberikan kepadanya.

Dalam perjalanan ke sana, Qasim sampai di sebuah persimpangan jalan dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Dia kemudian melihat Abu Bakr (RA) lalu meminta beliaumenunjukkanarah ke tempat itu. Abu Bakr (RA) terkejut apabila dia mendengarkan nama sekolah tersebutdan bertanya kepada Qasim mengapa dia memerlukan alamat itu. Qasim memberitahunya bahawa dia telah mendapat kemasukan ke sekolah itu.Lantas Abu Bakr (RA) pun mengucapkan “Ma shaa Allah” lalu beliaupun memberitahunya arah sekolah tersebut. Apabila dia telah sampai di sekolah itu, dia menjadi terkejut kerana ia adalah sebuah bangunan yang sangat bagus dan pelajarnya berpakaian baik. Qasimterfikir mungkin dia berada di sekolah yang salah tetapi setelah dia memeriksa nama sekolah itu ternyata ia adalah sekolah yang betul seperti tertera di alamat.
Qasimmemandang pakaiannya yang biasa dan buku-bukunya yang lama lalu beliau duduk di meja di luar sekolah. Beberapa orang pelajar datang kepadanya lalu dia berfikir bahawa mereka tentu akan mengejeknya. Walau bagaimanapun, mereka mempelawa Qasim untuk duduk bersama dengan mereka dan mereka juga melayani beliau dengan sopan. Apabila loceng sekolah telah berbunyi semua pelajar mula bergerak ke pintu utama. Qasim berhenti sejenak disebabkandia berasa malu dengan pakaian dan bukunyaapatah lagi dia berada di tempat yang luar biasa. Dia menutup matanya dan apabila dia membukanya, tiba-tiba dia telah mendapat pakaian, beg, dan buku yang baru. Dia menjadi bingung dan menyoal dirinya sendiri, bagaimana hal ini boleh terjadi? Tetapi kemudian Allah (SWT) berfirman dari langit dan berkata, “Adalah mustahil bahawa Allah akan meninggalkan sendirian seseorang yang kepalanya berada di bawah bayangan rahmat Nabi Muhammad (SAW).Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” Setelah mendengar perkataan ini, sebuah gelombang kebahagiaan melewati tubuhnya dan dia berlari menuju ke pintu utama dengan penuh keseronokan.

Ketika Qasim sampai di pintu gerbang utama itu, Umar (RA) sedang menunggu di sana dan memberitahu Qasim bahawa dia sedang menantinya. Beliau (RA) mengatakan bahawa hanya mereka yang berbakat khusus oleh rahmat Allah (SWT) sahaja yangdapat memasuki sekolah itu.

You may also like

Penjelasan dari Perspektif Al-Quran
Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang. Menjelang akhir zaman, hampir [...]
Pengakuan Kebenaran Muhammad Qasim dari Saudara Islam Seluruh Dunia
Video ini memaparkan pengakuan saudara Awais Naseer dan umat Islam dari pelbagai negara tentang kebenaran mimpi Muhammad Qasim. Sila tonton video ini. Jazakumullahukhair
Tiga (3) Letupan Dahsyat Di Timur Tengah
Muhammad Qasim berkata bahawa dia melihat mimpipada 07hb Julai 2017.Mimpi ini menceritakan bahawa tentera musuh merancang untuk memusnahkan bangunan Islam dan orang-orang yang tinggal di dalamnya.
Muhammad Qasim Menjelaskan Mimpinya Mengenai Allah
Video ini menceritakan Qasim menjelaskan mimpinya mengenai Allah (SWT). Beliau mengatakan bahawa Allahyang Maha Kuasa , satu-satunya yang sering muncul dalam mimpinya.Qasim memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat Allah (SWT) dengan matanya [...]
Gempa Bumi Yang Menakutkan
Dalam mimpi pada tanggal 9hb Oktober 2017, Muhammad Qasim melihat bahawa dia menyampaikan mimpinya kepada orang ramai bahawa sebuah gempa bumi akan berlaku dan bangunan kita yang lemah akan hancurlalu kita akan menghadapi masalah yang besar. [...]
Membantu Ketua Tentera Memerangi Rancangan Musuh
Dalam mimpi pada 8hb Ogos 2017, Qasim berjaya membantu Ketua Tentera Pakistan dalam mencegah perancangan jahat orang-orang tertentu yang ingin menimbulkan huru-hara dan kekacauan dalam negara.Ketua Tentera menjadi gembira lalu meminta beliau [...]
Rumah Nabi Ibrahim عليه السلام & Nabi Muhammad ﷺ
Mimpi yang bertarikh 24hb March 2017 ini mengisahkan pengembaraan Qasim dalam mencari rumah Nabi Muhammad (SAW). Dalam perjalanannya dia berjaya menemui rumah Nabi Ibrahim AS dan beliau menggunakan rumah itu untuk sampai ke rumah Baginda (SAW) [...]
Kota Yang Menakjubkan
10hb Februari 2014.Mimpi ini menceritakan Qasim melihat dirinya melengkapkan perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.Beliau berjaya menempuhi halangan-halangan sehinggalah beliau sampai ke sebuah kota yang sangat menakjubkan. Kota itu [...]
Pengedar Makanan
Ini adalah salah satu mimpi kecil Qasim.Mimpi ini menceritakan bagaimana Qasim mengedarkan makanan kepada orang ramai dan setelah beliau selesai mengedarkan makanan itu, ternyata masih banyak yang berbaki. Lalu Qasim terus memberikan makanan [...]

Page 5 of 7

Leave a Reply