Dalam mimpi pada April 2015 ini Rasulullah SAW berkata;
“Tidak ada yang mendengarkan saya!Sekiranya Islam saya tetap dalam keadaan yang sama, maka saya khawatir yang ianya akan binasa.Semua orang sibuk dengan pekerjaan mereka sendiri dan tidak ada yang bimbang tentang saya atau Islam saya.Saya mahu kamu berkongsi mimpi yang Allah (SWT) telah tunjukkan padamu danmenyebarkan pesanan saya di kalangan ummah.Saya membawa peranti supaya kamu dapat berkongsi mimpi dan mesej saya serta sampaikan kepada orang-orang Islam yang saya mengatakan ini;
“Tidak kira bagaimana Qasim, dia tetap sebahagian daripada umat saya dan saya tidak membeza-bezakan sesiapa dari umat saya.Janganlah kamu berpecah kepada kumpulan dan mengatakan bahawa islam tidak akan bangkit dari Pakistan.Menghampiri kiamat (hari penghakiman), Islam akan bangkit dari mana-mana tempat.Perkara yang baik adalah umat Islam akan bersatu semula.Mereka akan mendapatkan semula status mereka yang hilang dan Islam akan dipandang hormat oleh seluruh dunia.Itulah yang penting. Jadi apakah yang buruk tentang itu?”
Mendekati kiamat (hari penghakiman) jika kamu melihat Islam yang sebenar tersebar dari tanah sebelum Khurasan, maka bergabunglah walaupun kamu perlu merangkak dengan berkaki ayam di atas gunung untuk sampai ke sana.
Petikan dari hadis;
Rasulullah (SAW) bersabda, “Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi,tidak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian terbit panji-panji hitam dari arah timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu.” Kemudian Baginda(SAW) menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal, lalu bersabda, “Maka jika kamu melihatnya, berbai’atlah walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah al-Mahdi.” [Keterangan Hadits: Sunan Ibnu Majah, Kitab Al-Fitan Bab Khuruj al-Mahdi 2:1467: Mustadrak al-Hakim 4:463-464. Dan dia berkata, “Ini adalah hadist shahih menurut syarat Syaikhain. “Perkataan Hakim ini juga dipersetujui oleh adz-Dzahabi, Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah isnad yang kuat lagi sahih.”]