Divine Dreams

Pesanan untuk Ulama dan Ummah oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim

Wahai ulama dan ummah, bertabayyunlah dalam meneliti mimpi Muhammad Qasim ibni Abdul Karim.
Sebahagian orang berkata:” Mimpi Muhammad Qasim itu ramalan, dan mempercayai ramalan itu adalah syirik”. Ketahuilah Mimpi Muhammad Qasim itu nubuat bukan ramalan. Lalu apa bezanya ramalan dan nubuat? Ramalan adalah berita masa depan yang dicuri oleh jin dari malaikat dilangit, lalu jin itu membisikkan ke telinga dukun. Terkadang ramalan itu benar tapi dicampur dengan 100 kedustaan. Sedangkan nubuat adalah berita masa depan yang dimana jin tidak turut campur dalam penyampaiannya, tetapi Allah (SWT) langsung menyampaikannya kepada seorang hambaNya. Baik dengan cara penglihatan, wahyu, didatangi malaikat, dan mimpi. Dan nubuat itu sudah tidak ada lagi setelah wafatnya Rosulullah ﷺ kecuali dalam mimpi. Seperti hadis berikut:
٦٤٧٥ – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّة لَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ.

6475-Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri telah menceritakan kepadaku Sa’id bin Musayyab, bahawasanya Abu Hurairah menuturkan, Rasulullah ﷺ bersabda: “Kenabian tidak ada lagi selain berita gembira, ” para sahabat bertanya; ‘apa maksud khabar gembira? ‘ Nabi ﷺ menjawab; “Mimpi yang baik.”( HR Al Bukhari)

Dari Anas dan Ubadah bin Ash Shamit R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Mimpi orang beriman itu merupakan seperempat puluh enam dari kenabian.” (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Abu Daud)
صحيح البخاري ٦٤٧٣: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ قَزَعَةَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ وَرَوَاهُ ثَابِتٌ وَحُمَيْدٌ وَإِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَشُعَيْبٌ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Qaza’ah telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari Az Zuhri dari Sa’id bin Musayyab dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Mimpi seorang mukmin adalah sebahagian dari enam atau empat puluh enam bahagian kenabian.” Dan hadits ini diriwayatkan oleh Tsabit, Humaid, Ishaq bin Abdullah dan Syu’aib dari Anas dari Nabi ﷺ. (HR Bukhari :6473)

Demikianlah Rasulullah ﷺ menganggap masa kenabiannya telah habis dan yang tinggal peringatan- peringatannya, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Rasulullah ﷺ bersabda , “ Tidak tersisa dari kenabian, kecuali peringatan- peringatan.” Mereka bertanya, “Apa peringatan -peringatan itu?” Rasulullah SAW menjawab, “ Mimpi yang baik atau benar.”

You may also like

Musibah Besar Orang Islam & Cahaya Allah
Pada 22hb Ogos 2015 Qasim melihat sebuah mimpi dimana terdapat huru-hara dan kekacauan di merata tempat sedangkan semua umat Islam sibuk dengan diri mereka sendiri.Kemudian Qasim sampai di sebuah tempat dimana pasukan jahat sedang merancang [...]
Saksikan Live Session Kami Setiap Hari |Geopolitik Pakistan dan Tanda Akhir Zaman
Saksikan siaran langsung kami setiap hari berkenaan geopolitik Pakistan dan tanda akhir zaman.
Trailer Filem : Pesanan kepada Umat Islam oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim
Sebuah trailer Filem Allah dan Muhammad ﷺ dalam mimpi-mimpi saya,pesanan kepada ulama dan umat Islam oleh Muhammad Qasim ibni Abdul Karim
Penjelasan dari Perspektif Al-Quran
Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang. Menjelang akhir zaman, hampir [...]
1567

Page 7 of 7

Leave a Reply