Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim

Terjemahan Wawancara Pertama Muhammad Qasim Ibn Abdul Karim pada 02 Januari 2019 akhbar Daily Ausaf , Pakistan.

Muhammad Qasim ialah merupakan seseorang yang tidak mempunyai keinginan duniawi. Beliau melihat mimpi yang benar sejak dari zaman kanak-kanak. Dalam temubualnya dengan wartawan, beliau berkata bahawa sejak beliau berusia 12 atau 13 tahun, beliau telah melihat Allah سبحانه و تعالى (dibalik tabir) dan Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpinya. Tanda pertama mimpi Qasim ialah musuh akan cuba menyerang dan menghancurkan Pakistan namun Allahسبحانه و تعالىakan melindungi dan menyelamatkan Pakistan. Dengan belas rahmat Allah Ta’ala, Pakistanakan membangun dan berkembang maju dan ia akan memimpin dunia Islam.

Beliau menambah bahawa keseluruhan naratif mimpinya menekankan pada tiga perkara;
1. Menghindari syirik dan mesej yang sama juga adalah untuk umat Nabi Muhammad ﷺ
2. Melakukan zikir dan Tasbih siang dan malam
3. Menghantar Durood (selawat) dan Salam (Damai dan Berkah ) pada utusan terakhir, Nabi Muhammad ﷺ.
Pada tahun 2014, buat kali pertama Qasim diperintahkan untuk berkongsi mimpi daripada Allah سبحانه و تعالى dan mesej yang terkandung di dalamnya kepada orang ramai.

Mengenai mimpi tentang ketegangan dan konflik Pakistan-India, Muhammad Qasim berkata bahawa rakyat Pakistan juga mengambil bahagian dalam perang melawan India dengan sepenuh hati. Beliau juga mendapati dirinya berada di barisan hadapan untuk melawan Tentera India dan dia bersumpah untuk mempertahankan Pakistan terhadap apa-apa pencerobohan. Tentera dari negara yang mempunyai bendera Merah juga mengambil bahagian dalam konflik Pakistan – India ini dan mereka turut memberi amaran kepada Tentera India supaya tidak meneruskan rancangan menyerang Pakistan.

Semasa wawancara ini, Muhammad Qasim telah berulang kali bercakap tentang “Black Fighter Jets” (Jet Pejuang Hitam) dan menekankan hakikat bahawa jet pejuang hitam ini akan sentiasa bersedia untuk mempertahankan sempadan Pakistan.Bercakap mengenai Perang Dunia Ketiga (WW3) pula, Muhammad Qasim memberitahu bahawa semasa perang ini seluruh Timur Tengah akan musnah. Orang ramai dari Timur Tengah akan berhijrah ke Pakistan dan kemudian Pakistan akan bersiap sedia untuk Perang Dunia Ketiga. Jet pejuang hitam dari Pakistan akanmengalahkan Amerika Syarikat dan Rusia dan dengan itu Pakistan akan muncul sebagai negara kuasa hebat yang baru di dunia.

Muhammad Qasim juga memberikan pesanan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ bahawa jika mereka ingin berjaya maka mereka hendaklah melindungi diri mereka dari kesyirikan , tidak berjalan di bumi dengan sombong dan melayani orang lain dengan baik.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply