Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk

Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan.
Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke dalam mimpinya ialah pada ketika beliau berumur 12 tahun dan semasa beliau berumur 17 tahun pula , mereka berterusan hadir ke dalam mimpinya.

Sejak itu Allah سبحانه و تعالى telah datang ke dalam mimpinya sekurang-kurangnya 500 kali dan Nabi Muhammad ﷺ pula sekurang-kurangnya 300 kali.Qasim bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ adalah utusanNya.

Pada tahun 2007, Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ telah mengajarkan Qasim apa yang perlu dan apa yang tidak harus dilakukan.Kebanyakannya adalah untuk menghindari segala bentuk kesyirikan.

Qasim telah melihat banyak mimpi dimana Islam dan umatnya akan bangkit ke seluruh dunia.Kali pertama pada bulan April 2014, Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkan Qasim supaya menceritakan mimpinya kepada seluruh dunia dan Allah سبحانه و تعالى juga berkehendak agar semua orang mengenal siapakah beliau.Lalu Qasim telah berkongsi banyak mimpinya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan beliau. Selepas itu, beliau berhenti berkongsi mimpinya.Kemudian pada bulan Disember 2014, Nabi Muhammad ﷺ muncul sebanyak dua kali dalam mimpi Qasim. Baginda ﷺ berkata kepada Qasim, “Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpi-mimpimu!”

Saksikan video yang menarik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jazakumullahukhair

You may also like

Penjelasan dari Perspektif Al-Quran
Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang. Menjelang akhir zaman, hampir [...]
Pengakuan Kebenaran Muhammad Qasim dari Saudara Islam Seluruh Dunia
Video ini memaparkan pengakuan saudara Awais Naseer dan umat Islam dari pelbagai negara tentang kebenaran mimpi Muhammad Qasim. Sila tonton video ini. Jazakumullahukhair
Tiga (3) Letupan Dahsyat Di Timur Tengah
Muhammad Qasim berkata bahawa dia melihat mimpipada 07hb Julai 2017.Mimpi ini menceritakan bahawa tentera musuh merancang untuk memusnahkan bangunan Islam dan orang-orang yang tinggal di dalamnya.
Muhammad Qasim Menjelaskan Mimpinya Mengenai Allah
Video ini menceritakan Qasim menjelaskan mimpinya mengenai Allah (SWT). Beliau mengatakan bahawa Allahyang Maha Kuasa , satu-satunya yang sering muncul dalam mimpinya.Qasim memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat Allah (SWT) dengan matanya [...]
Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Sekolah yang Menakjubkan
Muhammad Qasim melihat mimpi ini sekitar tahun 2004. Dia melihat bahawa dia berada di sebuah rumah dan Nabi Muhammad (SAW) datang kepadanya dan memberitahunya bahawa dia telah mendapat kemasukan ke sebuah sekolah yang baik. Qasim lalu gembira [...]
Gempa Bumi Yang Menakutkan
Dalam mimpi pada tanggal 9hb Oktober 2017, Muhammad Qasim melihat bahawa dia menyampaikan mimpinya kepada orang ramai bahawa sebuah gempa bumi akan berlaku dan bangunan kita yang lemah akan hancurlalu kita akan menghadapi masalah yang besar. [...]
Membantu Ketua Tentera Memerangi Rancangan Musuh
Dalam mimpi pada 8hb Ogos 2017, Qasim berjaya membantu Ketua Tentera Pakistan dalam mencegah perancangan jahat orang-orang tertentu yang ingin menimbulkan huru-hara dan kekacauan dalam negara.Ketua Tentera menjadi gembira lalu meminta beliau [...]
Rumah Nabi Ibrahim عليه السلام & Nabi Muhammad ﷺ
Mimpi yang bertarikh 24hb March 2017 ini mengisahkan pengembaraan Qasim dalam mencari rumah Nabi Muhammad (SAW). Dalam perjalanannya dia berjaya menemui rumah Nabi Ibrahim AS dan beliau menggunakan rumah itu untuk sampai ke rumah Baginda (SAW) [...]
Kota Yang Menakjubkan
10hb Februari 2014.Mimpi ini menceritakan Qasim melihat dirinya melengkapkan perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.Beliau berjaya menempuhi halangan-halangan sehinggalah beliau sampai ke sebuah kota yang sangat menakjubkan. Kota itu [...]

Page 5 of 7

Leave a Reply