Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah

Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa ada tiga(3) atau empat(4) ekor lembu yang sedang meragut rumput . Kemudian tiba-tiba Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkannya untuk melukis sebuah lukisan yang sama seperti yang telah ditunjukkanNya dalam mimpi.Lalu Qasim berusaha untuk melukis tepat seperti yang Allah سبحانه و تعالى kehendaki. Namun setelah itu beliau perlahan-lahan menjadi letih dan hanya berjaya menghabiskan setengah daripada lukisan itu.

Pada ketika itu, Allah سبحانه و تعالى memerintahkan lembu-lembu itu untuk menyelesaikan separuh daripada baki lukisan tersebut.Lantas lembu-lembu itu mengambil berus di salah satu kaki depan mereka dan mula melukis.Mereka melukis dengan pantas dan lukisan itu menjadi selesai sepenuhnya. Ia menjadi lukisan yang sangat indah dan kemudian terkenal di seluruh dunia. Orang ramai memuji Qasim dengan mengatakan Qasim ialah seorang pelukis yang hebat.Namun Qasim menolak dengan mengatakan bahawa semua pujian adalah milik Allah سبحانه و تعالى dan DIA adalah Pereka yang Terbaik.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply