Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Pangkat Kerohanian Para Rasul & Muslim

Pada tahun 2009, Muhammad Qasim melihat mimpibahawaada cahaya yang terang memasuki tingkap rumahnya secara tiba-tiba.Lantas, Qasim berlari keluar dengan penuh rasa ingin tahu dan apa yang beliau lihat adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Qasim melihat istana-istana yang indah terapung di atas langit, bersinar seperti bintang-bintang. Istana-istana lutsinar ini seolah-olah seperti kristal dan bergerak dalam satu arah. Di antara kumpulan istana tersebut, terdapat sebuah istana yang sangat mengagumkan dan kelihatan megah. Istana ini tersangat besar, sangat tinggi dan lebar berbanding istana-istana yang lain. Mata Qasim terpesona melihat istana tersebut dan beliau tidak dapat melepaskan pandangan daripadanya. Keindahannya sangat memukau dan ketinggiannya tidak terukur jauh di atas langit dan had penglihatannya. Istana ini mendahului istana-istana yang lain dan tertulis nama Nabi Muhammad(SAW).

Dalam mimpi itu, Qasim kuat merasakan bahawa istana-istana ini adalah Pangkat Kerohanian para Nabi Alaihimussalam. Pada setiap istana itu, Pangkat Kerohanian juga tertulis. Selepas melihat Istana Nabi Muhammad (SAW) yang cantik dan menakjubkan ini, beliau berasa sangat gembira. Beliau bersyukur kepada ALLAH (SWT) kerana beliau merupakan umat Nabi Muhammad(SAW) yang memiliki pangkat kerohanian yang terbesar di sisi ALLAH (SWT) ((. Pangkat kerohanian yang tertulis pada istana Nabi Muhammad(SAW) itu adalah 99,000. Ini adalah yang tertinggi di sisi ALLAH (SWT). Manakala istana kerohanian yang kedua terbesar dan tercantik adalah istana Nabi Ibrahim AS. Kemudian, diikuti pangkat kerohanian para Nabi alaihimussalam lain. Qasim tidak melihat Pangkat Kerohanian para Nabi alaihimussalam lebih rendah daripada 12,000. Kesemua istana para Nabi alaihimussalam yang cantik ini bersinar ibarat bintang-bintang. Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa takjubnya pemandangan tersebut.

Pangkat Kerohanian para sahabat besar radhiyallahu anhum adalah daripada 8,000 sehingga 10,000. Tidak ada sesiapa pun yang dapat sampai kepada Pangkat Kerohanian para Nabi-nabi alaihimussalam dan tiada sesiapa pun yang dapat menandingi Pangkat Kerohanian para sahabat besar radhiyallahu anhum.Pangkat kerohanian umat Islam yang biasa bermula daripada 200.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply