Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Penjelasan dari Perspektif Al-Quran

Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang.

Menjelang akhir zaman, hampir tidak ada mimpi yang tidak benar. Rasulullah (SAW) bersabda: “Ini akan terjadi kerana kenabian dan pengaruhnya akan jauh dari masa ke masa, maka orang-orang yang beriman akan diberikan beberapa pampasan dalam bentuk mimpi yang akan membawa berita yang baik atau akan membantu mereka bersabar dan teguh dalam keimanan mereka. “(al-Bukhaari, 6499; Muslim, 4200)

Jika kita mengkaji mimpi Muhammad Qasim dengan cermat, mimpi-mimpi ini adalah belas ihsan dan rahmat murni dari Allah (SWT). Ia mempunyai panduan mengenai cara mempersiapkan dan memajukan diri, panduan untuk persiapan semasa keadaan yang sangat buruk, juga peringatan dan pembawa berita gembira. Mimpi-mimpinya memberikan petunjuk bahawa terdapat masa-masa cemas yang menunggu kita dan kita perlu melakukan perancangan untuk itu. Jika tidak, berdasarkan mimpinya sekiranya perang dunia ketiga(3) bermula maka sejumlah besar umat Islam akan dibunuh. Untuk mengelakkan kemusnahan itu, kita mesti menyebarkan mimpi ini, bersatu dan membuat perancangan untuk menyelamatkan nyawa orang ramai. Sebaliknya, jika kita tidak merancang dengan sewajarnya, maka ramai yang akan meninggal dunia dalam jumlah yang besar. Dengan berkongsi mimpi-mimpi ini juga, kita akan dapat mewujudkan lebih banyak kesedaran di kalangan orang ramai dan mereka akan menyedari mengapa mimpi ini sangat penting.

Dalam hal Pakistan (khususnya), berkongsi mimpi ini bukan sahaja akan menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai tetapi juga akan membolehkan mereka membina tekanan di sekitar kepimpinan negara dan Ketua Tentera terutamanya ketika keadaan tidak dapat dikendalikan dan kekacauan merebak di sana. Apabila Ketua Tentera mendengar dan mempercayai mimpi Qasim, maka beliau juga akan mendapat kesaksian dari Nabi Muhammad (SAW) melalui mimpi, bahawa mimpi-mimpi Qasim ini benar dan ia datang dari Allah (SWT).Kemudian, Komandan tentera dan pemimpin negara itu akan mengambil langkah yang berani untuk menyelamatkan Pakistan. Apabila pentadbiran negara dan undang-undang yang adil telah diwujudkan maka orang Islam bahkan juga yang bukan Islam dari seluruh dunia akan datang ke Pakistan dan menetap di sana. Selepas itu umat Islam akan menyebarkan Islam yang sebenar dari Nabi Muhammad (SAW) ke seluruh dunia dan dunia akan menjadi damai semula sehingalah munculnya dajjal.

You may also like

Jerusalem Menjadi Ibu Kota Israel dan Pembinaan Kuil Ketiga Yahudi di Palestin
Pada 07hb Februari 2017, Qasim melihat mimpibahawa Israel mula membina bangunan yang besar berwarna coklat di dalam kawasan Palestin. Ini menyebabkan orang-orang Islam di Palestin menjadi marah. Orang-orang Islam di negara-negara Arab lainnya [...]
Hamba-hamba Pilihan Allah
Dalam mimpi pada tanggal 5hb March 2017, Qasim bermimpi bahawa Nabi Muhammad (SAW)menyampaikan pesanan kepada mereka yang membantu perjuangan beliau. Baginda (SAW)berkata bahawa sesiapa yang membantu Qasim adalah sama seperti membantu Baginda [...]
Perang Saudara Kaum Muslimin
Dalam mimpi pada tanggal 5hb March 2017, Qasim bermimpi bahawa Nabi Muhammad (SAW)menyampaikan pesanan kepada mereka yang membantu perjuangan beliau. Baginda (SAW)berkata bahawa sesiapa yang membantu Qasim adalah sama seperti membantu Baginda [...]
Adakah Muhammad Qasim Nasionalis Terhadap Pakistan
Muhammad Qasim bukan seorang nasionalis terhadap Pakistan begitu juga dengan penyokong-penyokongnya. Menghampiri kiamat, Islam akan bangkit dari mana-mana tempat dan umat Islam akan bersatu semula dengan pertolongan Allah (SWT).
Perang Dunia ke-3
Dalam mimpi pada 3hb March 2017 ini, Muhammad Qasim melihat bahawa apabila kemusnahan telah bermula di Turki, maka Israel menjadi sangat aktif. Israel membina sebuah kubu untuk Dajjal dan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada [...]
Tanda Pertama di antara Mimpi-Mimpi Muhammad Qasim
Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada 6hb Jun, 2017. Dia melihat bahawa dia berada di sebuah dewan yang besar dimana beliau memberitahu beberapa orang tentang mimpinya dan bagaimana masa yang sangat buruk akan datang kepada umat Islam. Tetapi [...]
Pendedahan Rancangan Musuh terhadap Islam dan Umatnya
Muhammad melihat mimpi ini pada 22hb Januari 2017 bahawa ketua-ketua bukan Islammembuat satu perancangan. Mereka berkata antara satu sama yang lain bahawa mereka satu-satunya yang memiliki bangunan terbaik dan mereka memberikan kebebasan. Tetapi [...]
3 Istana Islam
Dalam mimpi ini, Allah (SWT) memperlihatkan kepada Qasim bahawa Islam mempunyai tiga(3) menara. Menara yang pertama ialah Turki , kedua ialah Arab Saudi dan yang ketiga (terakhir) ialah Pakistan. Dua menara pertama Islam iaitu Turki dan Arab [...]

Page 6 of 7

Leave a Reply