Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Penjelasan dari Perspektif Al-Quran

Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang.

Menjelang akhir zaman, hampir tidak ada mimpi yang tidak benar. Rasulullah (SAW) bersabda: “Ini akan terjadi kerana kenabian dan pengaruhnya akan jauh dari masa ke masa, maka orang-orang yang beriman akan diberikan beberapa pampasan dalam bentuk mimpi yang akan membawa berita yang baik atau akan membantu mereka bersabar dan teguh dalam keimanan mereka. “(al-Bukhaari, 6499; Muslim, 4200)

Jika kita mengkaji mimpi Muhammad Qasim dengan cermat, mimpi-mimpi ini adalah belas ihsan dan rahmat murni dari Allah (SWT). Ia mempunyai panduan mengenai cara mempersiapkan dan memajukan diri, panduan untuk persiapan semasa keadaan yang sangat buruk, juga peringatan dan pembawa berita gembira. Mimpi-mimpinya memberikan petunjuk bahawa terdapat masa-masa cemas yang menunggu kita dan kita perlu melakukan perancangan untuk itu. Jika tidak, berdasarkan mimpinya sekiranya perang dunia ketiga(3) bermula maka sejumlah besar umat Islam akan dibunuh. Untuk mengelakkan kemusnahan itu, kita mesti menyebarkan mimpi ini, bersatu dan membuat perancangan untuk menyelamatkan nyawa orang ramai. Sebaliknya, jika kita tidak merancang dengan sewajarnya, maka ramai yang akan meninggal dunia dalam jumlah yang besar. Dengan berkongsi mimpi-mimpi ini juga, kita akan dapat mewujudkan lebih banyak kesedaran di kalangan orang ramai dan mereka akan menyedari mengapa mimpi ini sangat penting.

Dalam hal Pakistan (khususnya), berkongsi mimpi ini bukan sahaja akan menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai tetapi juga akan membolehkan mereka membina tekanan di sekitar kepimpinan negara dan Ketua Tentera terutamanya ketika keadaan tidak dapat dikendalikan dan kekacauan merebak di sana. Apabila Ketua Tentera mendengar dan mempercayai mimpi Qasim, maka beliau juga akan mendapat kesaksian dari Nabi Muhammad (SAW) melalui mimpi, bahawa mimpi-mimpi Qasim ini benar dan ia datang dari Allah (SWT).Kemudian, Komandan tentera dan pemimpin negara itu akan mengambil langkah yang berani untuk menyelamatkan Pakistan. Apabila pentadbiran negara dan undang-undang yang adil telah diwujudkan maka orang Islam bahkan juga yang bukan Islam dari seluruh dunia akan datang ke Pakistan dan menetap di sana. Selepas itu umat Islam akan menyebarkan Islam yang sebenar dari Nabi Muhammad (SAW) ke seluruh dunia dan dunia akan menjadi damai semula sehingalah munculnya dajjal.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply