Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Rahmat Allah ke atas Tanah yg Tandus

Pada 10 Disember 2018, Muhammad Qasim melihat dalam mimpi bahawa dia sedang menuju ke sebuah kawasan tanah yang besar dan tandus. Beberapa orang bertanya akan arah tujuannya dan
turut mengikuti beliau untuk melihat tanah tersebut. Qasim memberitahu mereka bahawa suatu hari dengan rahmat Allah (SWT) , tanah itu akan menghasilkan biji-bijian dan buah-buahan. Beberapa orang di antara orangitu percaya kepadanya.

Qasim menunggu beberapa ketika di sana tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan tanah itu tetap sahaja tandus. Dengan nada yang kecewa Qasim berkata bahawa tanah itu tidak akan menghasilkan apa-apa lalu memalingkan wajahnya. Setelah itu, Allah (SWT) berkata dari langit, “Apabila AKU berniat melakukan sesuatu maka itu pasti terjadi”.

Kemudian awan muncul di langit dan sesuatu berlaku lalu hujan pun turun. Dengan rahmat Allah (SWT) tumbuh-tumbuhan kecil pun tumbuh di tanah yang tandus itu sama seperti dengan tanaman segar yang tumbuh dari bumi. Setelah itu, sebuah gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan lebih besar. Semasa hal ini berlaku, orang ramai yang berdiri di sana juga menonton kejadian ini di hadapan mata mereka.Selepas itu, lebih banyak gelombang datang dan tumbuh-tumbuhan tumbuh makin membesar. Setelah kira-kira empat(4) hingga lima(5) gelombang,pokok-pokok itu menjadi agak besar dan terdapat biji-bijian dan buah-buahan di atasnya. Semasa kejadian ini berlaku, beberapa orang yang menonton semua ini juga percaya bahawa apa yang dituturkan oleh Qasim akan menjadi kenyataan dengan bantuan Allah (SWT).

Akhirnya, tanaman itu berdiri tinggi di atas tanah dan sudah siap mengeluarkan buah-buahan. Orang ramai menjadi sangat terkejut bahawa ia benar-benar berlaku seperti apa yang dikatakan Qasim, dimana tanah yang gersang itu telah mula menghasilkan bijirin dan buah-buahan. Di antara orang ramai itu,ada juga yang pada awalnya percaya kepada Qasimnamun kemudian mereka berubah fikiran. Walaubagaimanapun mereka juga turut berlari untuk memetik buah-buahan itu sambil berasa sangat menyesal.

You may also like

Gambaran Mimpi || Kebangkitan dan Keruntuhan Turki
Tanggal 28hb Februari 2017, Muhammad Qasim melihat Erdogan dalam mimpinya. Presiden Turki tersebut sedang berucap di hadapan khalayak ramai dan berkata bahawa beliau akan mendirikan Kesultanan Ottoman sekali lagi . Kemudian, Qasim melihat [...]
Gambaran Mimpi || Nabi Muhammad ﷺ
Video ini menceritakan gambaran Nabi Muhammad ﷺ dalam mimpi Qasim.Qasim memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 300 kali.Beliau menceritakan bahawa ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 [...]
Gambaran Mimpi || Lukisan Yang Terindah
Qasim mendapat mimpi pada bulan Disember 2015.Dalam mimpi ini Qasim berkata bahawa beliau melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.Qasim juga melihat bahawa [...]
Gambaran Mimpi || Kisah Tentang Muhammad Qasim dan Petunjuk
Video ini menceritakan kisah Muhammad Qasim bin Abdul Karim yang berasal dari Pakistan. Qasim menjelaskan bahawa selama 26 tahun yang lalu Allah سبحانه و تعالى dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpinya.Kali pertama mereka datang ke [...]

Page 7 of 7

Leave a Reply