Allah and Muhammad SAWS in Qasim Dreams

Kemurkaan Allah terhadap Kaum Melampaui Batas

Qasim berkata bahawa dia melihat mimpi ini pada 05hb Oktober 2017. Beliau menceritakan bahawa dia berada di suatu tempat yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Beliau berasa bahawa seolah-olah ALLAH(SWT) berada di atas kita, lebih dekat berbanding awan dan ALLAH(SWT) sedang dalam keadaan murka yang teramat sangat, dengan suara yang kuat dan menakutkan.

ALLAH(SWT) sedang berkata tentang sesuatu seperti ayat-ayat yang berkaitan hukuman dalam Al-Quran. Qasim berasa bahawa ALLAH(SWT) telah memerintahkan sesuatu kepada orang-orang ini untuk melakukan sesuatu, namun sama ada mereka tidak mematuhi perintah-perintah tersebut atau tidak mengendahkannya.�ALLAH(SWT) berkata, “AKU akan menghantar hukuman yang sama kepada kamu, sepertimana AKU telah menghantar kepada orang-orang sebelum ini yang tidak mematuhi perintahKU!”. ALLAH(SWT) menyebutkan hukuman tentang kaum Nabi Lut A.S dan berkata lagi, “Adakah kamu lupa tentang hukumanKU ini!!?”

Qasim melihat orang ramai berlari ke sana-sini dengan ketakutan dan mencuba untuk menyembunyikan diri mereka. Namun, dimana sahaja mereka bersembunyi, ALLAH(SWT) berkata, “AKU mengetahui dimana jua kamu bersembunyi, dan tiada sesiapa dapat bersembunyi dariKU!.”�Kemudian, mereka mula melarikan diri pada arah yang berbeza, namun ALLAH(SWT) tetap berkata yang sama seperti tadi.

Setelah melihat keadaan ini, Qasim juga mula berlari untuk menyembunyikan dirinya kerana hal ini adalah tidak baik. Apabila ALLAH (SWT) menjadi marah, maka tiada sesiapapun mampu menahanNya. Qasim menunggu dalam keadaan penuh bimbang bahawa bilakah kemarahan ALLAH(SWT) itu akan berakhir?

You may also like

Jibril A.S dan Syurga
Dalam mimpi ini Qasim memohon kepada Allah (SWT) supaya diperkenankan dirinya untuk berjalan di jalan Nabi Muhammad (SAW) dan melihat Taman Baginda (SAW).Lalu Allah (SWT) menghantar Jibril AS untuk membawanyake Taman-taman Rahmat dan [...]
Mimpi Ilahi Qasim yang Pertama
Muhammad Qasim mendapat mimpi Ilahi yang pertama pada usia empat(4) atau lima(5) tahun.Adalah hal yang penting untuk diperhatikan iaitu semasa zaman kanak-kanak Qasim, dia mempunyai minat terhadap belon yang dipenuhi helium.Dia suka melepaskan [...]
Terhempasnya kapal terbang pemimpin sebahagian rancangan kuasa jahat
Pada 25hb Mei 2017 Muhammad Qasim berkata bahawa dia melihat sebuah mimpi dimana,beliau berdiri di atas sebuah bumbung. Beliau melihat suatu lapisan berwarna hijau di langit dan lapisan itu telus cahaya.Ada beberapa pesawat penumpang yang sedang [...]
Tentera-tentera Allah
13hb Mei 2018. Mimpi ini bermula dengan keadaan huru-hara di Pakistan yang mencetuskan ketakutan dikalangan rakyat. Sumber ekonomi dan dana negara juga sudah kehabisan, manakala Angkatan Tentera sudah lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat berjuang [...]
Virus pada Makanan Tentera Pakistan
20hb March 2017.Dalam mimpi ini, Qasim melihat sebuah kawasan di sempadan Pakistan yang kelihatan seperti sempadan Afghanistan dan pihak musuh menyeludup masuk pengganas ke Pakistan melalui tempat itu.Tentera Pakistan berjaya mengawal [...]
Mereka Yang Tertinggal dan Tanah Yang Damai
Pada tahun 2015, Muhammad Qasim melihat mimpi dimana terdapat kegelapan dan kemusnahan di merata tempat seolah-olah negara jahat menjatuhkan bom nuklear.Qasim dan beberapa orang yang lain ingin melarikan diri dari tempat itu dan pergi ke tanah [...]
Amanah Rasulullah ﷺ kepada Muhammad Qasim
Dalam mimpi pada 28hb September 2015 ini, Nabi Muhammad (SAW) dengan hiba memberitahu Qasim bahawa rumah yang Baginda (SAW) bina telah diambil oleh orang lain manakala orang-orang dalam rumahnya telah lari dalam beberapa kumpulan.Manakala pihak [...]
Saya Tidak Akan Mendakwa Sebagai Imam Mahdi
Dalam video ini Muhammad Qasim menjelaskan sendiri bahawa dia bukan Imam Mahdi dan beliau tiada kaitan dengan Iman Mahdi. Beliau menyampaikan mimpi-mimpinya kerana mematuhi perintah Allah (SWT) dan RasulNya dan bukan kerana mahu digelar Imam [...]
Dajjal Mengirim Badai Taufan
Qasim melihat mimpi ini pada 19 Ogos 2017. Beliau melihat dajjal menggunakan kuasanya untuk menyatukan angin dan awan. Kemudian sebuah ribut petir yang menakutkan terbentuk. Dajjal menghantar ribut itu ke tempat di mana terdapat dua rumah besar [...]
Penjelasan dari Perspektif Al-Quran
Ramai orang bertanya mengapa Muhammad Qasim Bin Abdul Karim berkongsi mimpinya? Mengapa mimpi ini begitu penting untuk dikongsikan? Video ini akan mengupas alasan Qasim menyebarkan mimpi ilahinya kepada semua orang. Menjelang akhir zaman, hampir [...]

Page 4 of 7

Leave a Reply